Page 33 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKSI 2022/2023
P. 33

20.  DISIPLIN MURID

                  20.1  Semua guru di sekolah ini adalah bertanggungjawab menjaga disiplin murid-murid
                        serta membuat teguran apabila perlu. Semua guru adalah guru disiplin seperti Surat
                        Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001 yang bertarikh 24 September 2001.
                  20.2  Guru-guru mata pelajaran (termasuk guru-guru ganti) bertanggungjawab sepenuhnya
                        terhadap  disiplin kelasnya dan dibenarkan mendenda muridnya yang melakukan
                        kesalahan ringan seperti membuat bising atau mengganggu rakan-rakan yang sedang
                        belajar dengan hukuman yang sesuai dan berbentuk positif. Hukuman berdiri diatas
                        meja atau kerusi adalah dilarang. Hukuman yang berbentuk fizikal dilarang sama
                        sekali. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1983.
                  20.3  Guru-guru hendaklah memberi teguran dan nasihat atau amaran kepada murid-murid
                        yang menggunakan bahasa-bahasa kesat.
                  20.4  Murid-murid yang hendak meninggalkan kelas untuk ke tandas atau urusan lain mesti
                        mendapat kebenaran terlebih dahulu sebelum Pas Keluar ditandatangani oleh guru.
                        Hanya seorang (1) murid sahaja dibenarkan setiap kali untuk ke tandas.
                  20.5  Guru-guru yang membawa murid-murid ke Pusat Sumber atau mana-mana bilik khas
                        atau  mengajar mata  pelajaran Kemahiran Hidup, Sains, ERT,  Pendidikan Seni dan
                        Pendidikan Jasmani yang memerlukan murid-murid meninggalkan kelas hendaklah
                        memastikan bahawa murid-murid berjalan berdua-dua dalam barisan untuk pergi dan
                        balik ke kelas. Pastikan juga murid-murid  balik terus ke kelas selepas Pendidikan
                        Jasmani.
                  20.6  Setiap guru hendaklah sentiasa menegaskan kepada murid-murid betapa mustahaknya
                        mengetahui dan mematuhi peraturan sekolah. Di samping itu, setiap guru hendaklah
                        memberi bimbingan kepada murid-murid melalui nasihat (Kaunseling) dan  dengan
                        menjadi contoh yang baik.
                  20.7  Semua guru hendaklah melatih murid-murid supaya menjaga keselamatan harta
                        benda sekolah pada setiap masa.
                  20.8  Guru-guru yang mengajar waktu pertama, satu waktu sebelum dan selepas rehat dan
                        waktu terakhir, hendaklah  tidak membenarkan murid-murid keluar  pada waktu
                        tersebut.
                  20.9  Persediaan mengajar yang sempurna dapat mengawasi disiplin murid. Kurang
                        persediaan di pihak guru biasanya menjadi penghalang kepada disiplin yang baik
                        dalam kelas.

            21.  KEBERSIHAN SEKOLAH

                  21.1  Setiap guru bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan sekolah. Jadual bertugas
                        murid hendaklah disediakan oleh guru tingkatan. Guru  Tingkatan  hendaklah
                        memastikan jadual ini dipatuhi dan segala peralatan untuk menjaga kebersihan kelas
                        hendaklah digunakan dengan baik dan disimpan dengan selamat.
                  21.2  Guru Kanan/Ketua Panitia dan guru-guru lain yang mempunyai bilik-bilik khas seperti
                        bilik ERT, bengkel, bilik kaunseling, makmal, bilik Pendidikan Seni, bilik Koperasi, bilik
                        sembahyang dan lain-lain, bertanggungjawab penuh terhadap kebersihan bilik-bilik
                        tersebut.
                  21.3  Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan
                        murid.
                  21.4  Guru yang mengajar  waktu terakhir, sama ada  di sesi pagi atau  petang,
                        bertanggungjawab untuk memastikan sampah-sampah dikeluarkan daripada laci meja


                                 PENGURUSAN SERI INDAH  2022/23  "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE"        33
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38