Page 40 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKSI 2022/2023
P. 40
4.3 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negara hanya boleh diambil sekali dalam masa 4
tahun telah berlalu selepas cuti yang pertama.
4.4 Sebarang Cuti Tanpa Gaji yang jatuh pada cuti penggal sekolah akan terus dianggap
sebagai Cuti Tanpa Gaji.
4.5 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh
Jabatan Pendidikan Negeri manakala Cuti Tanpa Gaji yang melebihi jumlah ini akan
diluluskan oleh Kementerian Pendidikan.
4.6 Laporan cuti bersama surat kelulusan cuti dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah
setiap akhir tahun.
5. CUTI KE LUAR NEGARA
5.1 Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara dalam masa cuti penggal mesti
mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Pejabat Pendidikan Daerah.
5.2 Borang permohonan perlu dihantar selewat-lewatnya 5 minggu sebelum tarikh mula
bercuti.
6. CUTI REHAT KHAS
6.1 Cuti Rehat Khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.
6.2 Cuti ini boleh diluluskan oleh Pengetua hanya atas sebab-sebab kecemasan dan
upacara agama bagi tempoh 10 hari dalam satu-satu tahun.
6.3 Garis panduan tentang permohonan dan pemberian Cuti Rehat Khas adalah seperti
berikut:-
i. Menziarahi ahli keluarga atau saudara terdekat yang sakit tenat atau kematian
ahli keluarga yang rapat kepada guru itu.
“Ahli keluarga” ertinya suami atau isteri dan anak-anak guru itu.
“Ahli keluarga yang rapat” ertinya ibu bapa, adik- beradik, mertua, datuk, nenek,
suami dan isteri.
ii. Menyertai upacara atau perayaan agama yang dianuti oleh guru itu.
iii. Dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran,
banjir dan sebagainya.
iv. Menunaikan fardu haji sekiranya tempoh selama 40 hari seperti mana yang
telah ditetapkan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/1984 yang tidak
mencukupi.
v. Kursus suai kenal bagi kursus luar kampus.
vi. Majlis Konvokesyen bagi guru-guru atau anak-anak mereka.
vii. Menghadiri temuduga kenaikan pangkat atau pelantikan dalam Perkhidmatan
Pendidikan yang diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP),
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),
atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
viii. Perkahwinan guru-guru atau anak-anak mereka.
ix. Menghantar ahli keluarga atau yang rapat menunaikan fardu haji
x. Mendaftar anak ke Institut Pengajian Tinggi/Sekolah Berasrama Penuh.
6.4 Semua permohonan Cuti Rehat Khas hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 3 hari
sebelum tarikh bercuti kecuali dalam keadaan kecemasan.
PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 40

