Page 39 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKSI 2022/2023
P. 39
PERIHAL CUTI MENGIKUT PERINTAH-PERINTAH AM
1. CUTI PENGGAL
Mengikut Perintah-perintah Am Bab C, guru-guru tidak berkelayakan mendapat cuti rehat.
Sebagai ganti cuti rehat, guru-guru adalah berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah
dengan syarat bahawa guru-guru boleh dipanggil untuk menjalankan tugas-tugas selain
daripada tugas-tugas mengajar biasa semasa percutian penggal sekolah bagi masa yang
tidak melebihi separuh daripada cuti penggal sekolah dalam satu tahun itu.
2. CUTI SAKIT
2.1 Kemudahan cuti sakit kerajaan boleh diluluskan mengikut Perintah Am Bab “C”
manakala cuti sakit klinik atau hospital swasta berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 2 Tahun 2006 sebagaimana syarat-syarat berikut:
i. Bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital atau klinik
swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh
Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika memberi jumlah cuti sakit yang
tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun kalendar atau
ii. Bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalaman di hospital atau
klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan
oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti
sakit yang tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalendar dan
iii. Jumlah cuti sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit kerajaan
yang boleh diberikan adalah tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun
kalendar, di mana 90 hari pertama boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan dan 90
hari seterusnya hendaklah diluluskan oleh Ketua Setiausaha.
2.2 Kenyataan cuti dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah setiap akhir tahun.
3. CUTI SEPARUH GAJI
3.1 Cuti Separuh Gaji hanya boleh diberi atas sebab-sebab yang berikut sahaja:-
i. Sebab-sebab kesihatan guru itu sendiri dan perakuan sebuah Lembaga
Perubatan.
ii. Sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang rapat kepada guru itu dengan
dokumen-dokumen sokongan daripada pihak doktor.
iii. Kerana membuat lawatan sambil belajar di seberang laut yang telah diluluskan
oleh Kementerian Pendidikan.
3.2 Kuasa Tertentu boleh meluluskan cuti separuh gaji kepada guru-guru bagi
perkhidmatan yang melayakkan atas kadar 30 hari bagi tiap-tiap satu tahun tetapi
tidak melebihi 180 hari.
4. CUTI TANPA GAJI
4.1 Mengikut Perintah Am Bab C, Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas sebab-sebab
persendirian yang mustahak.
4.2 Kelayakan Cuti tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi
tidak melebihi 360 hari.
PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 39

