Page 107 - Buku Pengurusan SMK Dato' Sedia Raja 2017
P. 107

5. DASAR AM KESELAMATAN SEKOLAH

               5.1. Latihan Kecemasan/Kebakaran
               5.1.1. Memastikan bahawa latihan kebakaran (fire drill) dijalankan 2 kali setahun.
               5.1.2. Mengadakan demonstrasi cara-cara memadam api apabila berlakunya kebakaran kecil.
               5.1.3. Memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi.
               5.1.4. Guru-Guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas/bilik khas dengan
               segera,melalui laluan yang ditetapkan   secara teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan. Murid-murid
               khas atau OKU hendaklah dibantu keluar oleh guru mereka dan rakan-rakan.
               5.1.5. Guru-Guru dan AJK Kelas mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik yang lain
               serta bekalan gas ditutup sebelum keluar.
               5.1.6. Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM) dibawa keluar dari pejabat oleh staf pejabat ke tempat
               berkumpul.
               5.1.7. Guru Tingkatan mestilah mengambil BJKM kelas masing-masing di tempat berkumpul dan
               mengira bilangan murid dengan segera. Mana-mana murid yang tiada hendaklah dimaklumkan kepada
               Pentadbir dengan serta-merta untuk tindakan menyelamat
               5.2. Polisi Sekolah Selamat
               5.2.1. Pihak sekolah mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah:
               – Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah
               – Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual
               – Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti kurikulum dan Kokurikulum.
               5.2.2. Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi dan diamalkan setiap
               masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada semua warga sekolah
               5.3. Kenderaan Guru, Murid,Ibu bapa dan Pelawat
               5.3.1 Guru, Murid,Ibu bapa dan Pelawat mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang telah
               dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk.
               5.3.2. Guru, Murid,Ibu bapa dan Pelawat diingatkan supaya berhati-hati apabila memandu kenderaan
               mereka dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan sebarang kemalangan.
               5.3.3.  Ibu bapa/penjaga yang menghantar dan mengambil murid tidak dibenarkan memasuki kawasan
               sekolah untuk mengelak kesesakan, tetapi hendaklah menurunkan pelajar di pintu pejalan kaki.
               5.4. Pondok Kawalan Keselamatan
               5.4.1. Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya mereka mendapati tiada
               pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah.
               5.4.2. Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup. Mana-mana pelawat yang ingin berurusan dengan
               sekolah mesti menandatangani Buku Rekod Pelawat dan mendapatkan Pas Pelawat terlebih dahulu.
               5.4.3. Pengawal keselamatan memastikan pelawat mematuhi carta alir keselamatan yang ditetapkan.
               5.4.4.  Jurujual tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah kecuali pembekal yang telah diberi
               kebenaran atau yang berurusan rasmi dengan pihak sekolah.
               5.5. Menangani Bencana
               5.5.1. Menyelaras dan membekalkan data sekolah dan murid apabila dikehendaki.
               5.5.2. Menyediakan maklumat kemudahan yang terdapat di sekolah.
               5.5.3. Melaksanakan panduan dan peraturan tindakan sebelum,semasa dan selepas bencana
               5.5.4. Meningkatkan pemahaman bantuan pengurusan bencana alam.
               5.5.5. Meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi bencana di sekolah













                                                           103
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112