Page 105 - Buku Pengurusan SMK Dato' Sedia Raja 2017
P. 105
biasiswa, satu surat pemberitahuan perlu dihantar kepada pihak penaja.
3.2.4. Guru tingkatan mesti memastikan bahawa murid-murid yang berpindah masuk dapat menyambung
bantuan yang diterima dengan menyerahkan dokumen pengesahan yang lengkap daripada sekolah asal
kepada Guru Biasiswa
3.3. Khidmat Bimbingan dan Kaunseling
3.3.1. Kaunselor mestilah memberikan galakan, motivasi dan merangsang minat murid terhadap
akademik di samping membantu serta membimbing murid menyelesaikan sendiri masalah emosi- sosial
yang dihadapinya dengan memberi bimbingan dan saranan sama ada secara individu atau kelompok.
3.3.2. Khidmat bimbingan dan kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara hak
murid. Segala maklumat murid adalah SULIT dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang bersama
membantunya sahaja.
3.3.4. Kaunselor juga harus memainkan peranan aktif dalam merancang,mengelola dan menjalankan
program-program motivasi, kepimpinan, akademik dan kemahiran-kemahiran belajar kepada pada
murid.
3.3.5. Kaunselor harus membimbing murid dalam membuat pemilihan kerjaya mereka, terutamanya
calon-calon lepasan SPM yang ingin membuat pemilihan kursus di IPTA atau IPTS.
3.3.6. Kaunselor mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat kaunseling kepada murid yang telah
diberi surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Bagi murid yang telah digantung/dibuang
sekolah dan diterima bersekolah semula, sesi kaunseling perlu dilakukan selama enam bulan dan laporan
perubahan tingkah laku hendaklah disediakan
3.3.7 Kaunselor perlu menyediakan laporan kaunselor kepada murid yang akan dibuang sekolah untuk
disertakan bersama surat buang sekolah.
3.3.7. Guru Disiplin dan Guru Tingkatan boleh merujuk kepada kaunselor tentang murid yang
memerlukan bantuan kaunseling ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin.
3.3.8 Kaunselor perlu menjalankan program penilaian kendiri bagi membantu murid membuat penilaian
terhadap diri sendiri dengan menggunakan Buku Penilaian Kendiri yang wajib dimiliki dan ditanda
setiap hari oleh murid. Buku ini hendaklah dikumpul dan dianalisa sebulan sekali bagi mengesan murid
yang amat memerlukan perhatian.
3.4. Kebajikan murid
3.4.1. Guru Tingkatan mestilah mendapatkan maklumat mengenai bilangan anak yatim atau murid yang
terlalu rendah SES (Social Economic Status) agar mereka ini dapat diberikan bantuan. Sila dapatkan
maklumat ini pada minggu pertama sesi persekolahan dan serahkan senarai nama kepada Setiausaha
KWAPM dan Setiausaha Bantuan Kebajikan agar tindakan dapat dilakukan.
3.4.2. Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada kalangan muridnya
yang menghidap penyakit denggi /penyakit kronik/ kemalangan/kematian/bencana dalam keluarganya.
3.4.3. Derma kilat akan dibuat oleh setiausaha kebajikan sekiranya berlaku kematian/bencana seperti
kematian saudara terdekat (ibubapa) atau murid.
4. DASAR AM KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
4.1. Rekod Kesihatan Murid
4.1.1. Buku Rekod Kesihatan ini selalunya diperoleh sewaktu murid berada di sekolah rendah lagi. Ia
akan dibawa dan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke sekolah menengah. Guru Tingkatan mestilah
memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod Kesihatan yang disimpan di dalam fail peribadi.
4.1.2. Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah dan disertakan
bersama Fail Peribadi murid berkenaan
4.2. Kad Pergigian Murid
4.2.1. Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun, terutamanya kepada
murid-murid Tingkatan Satu.
4.2.2. Guru Tingkatan mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga murid untuk
mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi terhadap anak / anak jagaannya.
4.2.3. Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang berkenaan dan pemeriksaan akan
dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan berkenaan.
4.3. Surat Rawatan Murid
101

