Page 106 - Buku Pengurusan SMK Dato' Sedia Raja 2017
P. 106

4.3.1. Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan murid bahawa surat rawatan boleh diperoleh di pejabat
               sekolah.
               4.3.2. Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Pengetua atau mana-mana Penolong Kanan.
               4.3.3. Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di hospital atau klinik
               kerajaan.
               4.4. Murid Sakit
               4.4.1. Sekiranya ada murid yang sakit pada sebelah pagi mereka perlu berhubung dengan Pejabat
               Sekolah dan Guru Bertugas Mingguan akan dihubungi
               4.4.2. Guru Bertugas  akan menentukan tahap kesihatan murid sama ada perlu dihantar ke klinik, berehat
               di bilik rawatan atau menghubungi ambulan atau warisnya.
               4.4.3. Guru Bertugas atau Guru Tingkatan  boleh menghubungi ibu bapa / penjaga berkenaan untuk
               menjemputnya di sekolah sekiranya perlu.
               4.4.4. Guru Bertugas dan Guru Tingkatan  tidak boleh membenarkan murid berkenaan pulang sendiri ke
               rumah walaupun rumahnya berhampiran dengan sekolah. Murid yang sakit boleh berada di bilik rawatan
               sehingga rehat ditemani oleh rakan sekelas yang akan diganti pada setiap jam.
               4.4.5. Jika berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, Guru Bertugas mestilah menghubungi segera ibu
               bapa / penjaga untuk  menghantar murid berkenaan ke klinik atau hospital terdekat atau ke rumah murid
               berkenaan.Pihak sekolah juga boleh memanggil ambulan sekiranya berlaku kecederaan serius yang
               memerlukan rawatan segera.
               4.4.6. Guru bertugas mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan pulang dalam Buku Laporan
               Bertugas dan Buku Rekod Keluar Murid.
               4.5. Kebersihan dan Keceriaan Sekolah
               4.5.1. Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga kebersihan diri, kelas,
               tandas, kantin, bilik-bilik khas,bangunan dan kawasan sekolah.
               4.5.2. Guru-guru Tingkatan mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya supaya menjaga
               kebersihan dan keceriaan kelas setiap hari.
               4.5.3. Guru-guru Tingkatan bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas mereka agar
               kelihatan kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi memudah dan membantu dalam proses P & P.
               4.5.4. Guru waktu akhir bertanggungjawab melaksanakan aktiviti pengurusan kelas 5 minit sebelum
               waktu persekolahan berakhir seperti membersihkan kelas, menyusun meja dan kerusi, menutup suiz
               lampu dan kipas.
               4.6. Kantin Sekolah
               4.6.1. Guru AJK Kantin bertanggungjawab memastikan bahawa pengusaha kantin mengamalkan
               kebersihan dalam penyediaan,penjualan dan menjaga seluruh kawasan kantin.
               4.6.2. Guru AJK Kantin perlu membuat laporan harian dan menyemak buku penilaian kendiri yang
               dibekalkan oleh JPN.
               4.6.3. Jika berlaku kes keracunan makanan di kantin sekolah, AJK Kantin hendaklah membantu
               GPKHEM melakukan tindakan yang sesuai dan segera.
               4.6.4. Guru-guru juga bertanggungjawab menasihatkan para murid supaya mengamalkan pemakanan
               seimbang dan tidak menggalakkan murid membeli makanan daripada penjual di luar kawasan sekolah.
               4.6.5. Guru Bertugas Harian sebaiknya berada di kantin bersama-sama pengawas bertugas untuk
               mengawal disiplin murid semasa waktu rehat dan memastikan murid menepati masa untuk beredar dari
               kantin dan masuk ke kelas apabila loceng dibunyikan.
               4.6.6. Murid tidak dibenarkan membeli makanan / minuman di luar waktu rehat kecuali dengan
               kebenaran
               4.7. Kebersihan Kelas
               4.7.1. Guru mata pelajaran waktu terakhir hendaklah memastikan murid membersihkan kelas 5 minit
               sebelum sesi persekolahan berakhir
               4.7.2 JK Kebersihan dan Keceriaan Kelas bertanggungjawab melakukan penilaian terhadap kebersihan
               dan keceriaan kelas pada setiap minggu untuk menentukan kelas terbersih @ terkotor pada minggu
               tersebut.
               4.7.3 Kelas terbersih mingguan/bulanan akan menerima penghargaan daripada pihak sekolah





                                                           102
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111