Page 102 - Buku Pengurusan SMK Dato' Sedia Raja 2017
P. 102

diluluskan oleh pihak JPN. Murid yang dibuang sekolah hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah
               berjumpa dengan GPKHEM dan sesi aku janji dilaksanakan oleh murid.
               2.2. Buku Rekod Pengesanan Pelajar (BRPP)
               2.2.1. Semua guru yang masuk ke kelas mesti memastikan kelas tersebut mempunyai BRPP
               2.2.2. Ketua tingkatan akan mengambil pada waktu pagi di BILIK DISIPLIN. Ketua tingkatan
               bertanggungjawab untuk memulangkan BRPP ke BILIK DIIPLIN semula selepas tamat sesi
               persekolahan.
               2.2.3. BRPP hendaklah sentiasa berada dengan ketua tingkatan dan diserahkan kepada guru mata
               pelajaran yang masuk pada setiap waktu.
               2.2.4. Guru yang masuk ke kelas mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas pada masa
               tersebut dan menandatanganinya
               2.2.5. Guru yang masuk ke kelas juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar kelas/lambat
               masuk kelas/ponteng kelas semasa guru mengajar.
               2.2.6. Semua kes salah laku murid yang ringan  mesti diambil tindakan oleh guru berkenaan semasa
               waktunya.Hanya kes-kes sederhana berulang dan berat sahaja perlu dicatatkan dalam BRPP untuk
               tindakan Guru Disiplin
               2.2.7. Jika kes berat yang memerlukan tindakan segera, buat catatan dalam BRPP dan terus maklumkan
               kepada Ketua Guru Disiplin/GPK HEM.
               2.2.8. Ketua Guru Disiplin (Penyelaras BRPP) akan menyemak BRPP dan mengambil nama murid yang
               bermasalah untuk tindakan selanjutnya.
               2.2.9. Penyelaras BRPP hendaklah menyusun BRPP  mengikut susunan minggu/ bulan dan disimpan
               dengan baik dan selamat  di dalam bilik disiplin untuk memudahkan rujukan pada masa hadapan.
               2.2.10. Penyelaras BRPP juga hendaklah menyediakan analisis salah laku murid  pada setiap akhir
               penggal 1 dan 2. Salinan analisis  hendaklah diserahkan kepada GPKHEM dan Pengetua.
               2.3. Pas Keluar Kelas
               2.3.1. Semua guru hendaklah mendapatkan pas kebenaran keluar daripada GPKHEM pada awal tahun.
               2.3.2. Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa guru dan sebagainya mesti
               memakai pas berkenaan.
               2.3.3  Selain kecemasan (cth:keperluan buang air besar yang mendesak), pas keluar kelas tidak berfungsi
               ketika “waktu larangan” keluar kelas.
               2.3.4. Guru-guru berhak menegur, menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk mendapatkan pas
               daripada guru mata pelajaran  (atau guru kelas sebelahnya jika tiada guru).
               2.4. Pengurusan Perhimpunan
               2.4.1. Perhimpunan rasmi pada hari Isnin (7.20 – 8.20 ) dan perhimpunan biasa pada hari-hari Selasa,
               Rabu dan Khamis (7.25 – 7.40 ) .Majlis Bacaan Surah Yassin untuk pelajar Islam dan Pemantapan
               Sahsiah kepada pelajar bukan Islam  di adakan pada setiap pagi Jumaat(7.20 – 7.45)
               2.4.2. Diuruskan oleh  Guru Bertugas. Mingguan dan dibantu oleh Badan Pengawas
               2.4.3. Murid tidak dibenarkan bercakap semasa perhimpunan kecuali sedang bertugas atau dengan
               kebenaran.
               2.4.4. Perhimpunan perlulah ringkas dan padat.
               2.4.5. Guru-guru juga diingatkan agar tidak bercakap semasa perhimpunan sedang dijalankan.Sekiranya
               perlu, maka guru dibenarkan keluar sebentar daripada berada di perhimpunan tersebut.
               2.4.6. Setiap murid wajib memiliki buku nota kecil dan wajib dibawa bersama sewaktu perhimpunan
               serta mencatat maklumat penting yang disampaikan semasa perhimpunan..
               2.4.7   Segala maklumat yang disampaikan oleh guru/pengetua mesti dicatatkan di dalam Buku Laporan
               Mingguan oleh Guru Bertugas Mingguan dan oleh pengawas bertugas di tapak perhimpunan di dalam
               Buku Laporan Pengawas
               2.4.8   Jika hari hujan, perhimpunan dibatalkan pada hari itu. murid perlu diarahkan ke kelas untuk
               melaksanakan aktiviti pengurusan kelas. (membersihkan kelas dan menceriakan kelas) di bawah
               penyeliaan guru) guru tingkatan yang perlu berada di kelas pada ketika itu.
               2.5. Disiplin Murid
               2.5.1. SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan murid
               mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa.
               2.5.2. Guru-guru mestilah memberikan nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang murid itu



                                                            98
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107