Page 103 - Buku Pengurusan SMK Dato' Sedia Raja 2017
P. 103
melakukan kesalahan disiplin.
2.5.3. Guru-guru mestilah memaklumkan secara bertulis kesalahan-kesalahan disiplin murid dengan
mengisi borang laporan salah laku kepada Ketua Guru Disiplin atau GPK HEM untuk tindakan
seterusnya.
2.5.4. Guru hendaklah berpandukan prinsip bahawa hukuman yang dikenakan mestilah berpatutan dan
adil serta setimpal dengan kesalahan murid serta bersifat mendidik .
2.5.5. Hukuman berganda(double punishment) tidak boleh dikenakan kepada murid untuk satu salahlaku
2.5.6. Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh menimbulkan
prasangka kepada murid.
2.5.7 Salah laku murid semasa sesi PdP hendaklah diselesaikan dengan bijaksana sebelum merujuk kes
salah laku murid kepada guru disiplin/GPKHEM.
2.5.8 Sebelum sesuatu hukuman dikenakan kepada murid, siasatan akan dilakukan. Oleh itu, guru
hendaklah memberikan kerjasama dengan membenarkan murid yang terlibat dalam salah laku ke bilik
disiplin atau ke bilik kaunseling untuk sesi kaunseling.
2.6. Tanggungjawab Guru
2.6.1. Guru mestilah bersikap penyayang . Justeru itu guru mestilah mengenali nama setiap pelajar.
2.6.2. Guru hendaklah fahami dan kenali mana-mana murid yang sering menimbulkan masalah disiplin
dan berikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan kerjasama. Jika gagal kes ini perlu
dirujuk kepada kaunselor pelajar.
2.6.3. Jangan mulakan proses P d P jika murid-murid tidak memberikan tumpuan (cth:bercakap sesama
sendiri).
2.6.4. Jangan biarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan murid-murid lain
dibiarkan bising di tempat mereka atau di belakang kelas.
2.6.5. Sebelum memulakan PdP guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki lima
kelas dan mengarahkan murid-murid mengemas dan membersihkannya dengan segera.
2.6.6. Guru-guru haruslah mengambil perhatian lebih terhadap murid-murid yang selalu tidak membuat
kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Catatkan masalah ini di dalam BRPP
2.6.7. Penyemakan buku nota dan latihan akan dilakukan sebanyak 2 kali setahun oleh pentadbir.
2.7. Dasar Umum Disiplin
2.7.1. Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan mesti dibawa ke sekolah pada setiap hari.
2.7.2. Setiap murid wajib memiliki buku nota kecil dan wajib dibawa bersama sewaktu perhimpunan
serta mencatat maklumat penting yang disampaikan semasa perhimpunan.
2.7.3. Pada awal tahun permulaan semasa persekolahan, murid akan diberi penjelasan dan penerangan
tentang peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang dikuatkuasakan jika melanggar peraturan
melalui Perhimpunan Rasmi Sekolah.
2.7.4. Pemeriksaan Gempar/Spot Check
2.7.4.1. Pemeriksaan Gempar/sport check akan dijalankan dari semasa ke semasa ke atas murid semasa
berada di bilik kelas atau tapak perhimpunan atas arahan pihak pentadbir.
2.7.4.2. Guru disiplin/guru bertugas bersama guru tingkatan atau guru mata pelajaran dengan bantuan
pengawas akan menjalankan sport check dengan disaksikan oleh murid berkenaan.
2.7.4.3. Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh guru berkaitan
dalam Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan.
2.7.4.4. Barang larangan yang dirampas disimpan di dalam bilik disiplin
2.7.4.5. Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya oleh dituntut balik oleh ibu
bapa/penjaga murid selepas berjumpa dengan Ketua Guru Disiplin atau GPK HEM dan menandatangani
surat aku janji .
2.7.4.6. Barang rampasan yang tidak dituntut selepas lima tahun akan dilupuskan oleh JK Unit Disiplin
setelah dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Sekolah dan Jawatankuasa PIBG serta setelah
mendapat kebenaran rasmi daripada pengerusi kedua-dua jawatankuasa tersebut.
2.7.4.7. Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-murid.
2.7.4.8. Murid tidak dibenarkan menjalankan aktiviti sendiri di sekolah tanpa pengawasan guru.
2.7.4.9. Murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas selepas sesi persekolahan dan ketika hari cuti,
melainkan bersama guru.
2.7.4.10. Murid tidak dibenarkan berada di dalam kawasan sekolah selepas pukul 6.00 petang melainkan
99

