Page 104 - Buku Pengurusan SMK Dato' Sedia Raja 2017
P. 104
bersama guru.
2.7.4.11. Aktiviti bersama pelajar lelaki dan perempuan sangat dilarang kecuali yang berkaitan
pembelajaran di bawah bimbingan guru.
2.7.4.12. Sebarang perbuatan yang menjolok mata seperti berdua-duaan lelaki-perempuan, merokok,
merempit, melepak dan sebagainya walaupun di luar kawasan sekolah dianggap menjatuhkan nama baik
sekolah dan diketegorikan sebagai kes berat.
2.7.4.13. Menjadi tanggung jawab semua guru dan murid untuk melaporkan sebarang kes salah laku
dalam kalangan murid kepada Unit Disiplin, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Penolong Kanan dan
Pengetua.
2.7.4.14. Setiap arahan Pengawal Keselamatan yang berkaitan tugasan mereka wajib dipatuhi oleh semua
murid dan menjadi kesalahan jika diingkari.
2.7.4.15. Penggunaan padang permainan , peralatan dan kemudahan perlu mendapat keizinan daripada
pihak pengurusan sekolah.
2.7.5 Kategori kesalahan perlu merujuk kepada Buku Peraturan Sekolah SMKDSR yang wajib dimiliki
murid.
2.8. Kaedah Mengatasi Disiplin
2.8.1. Edarkan senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada:
– semua guru
– kelas-kelas(untuk ditampal)
– bilik-bilik khas
2.8.2. Guru mata pelajaran / guru kelas
– rekodkan kesalahan murid di BRPP
– Guru Disiplin akan kumpulkan maklumat dan rekodkan serta diambil tindakan.
– Guru Disiplin bawa ke mesyuarat disiplin ikut keperluan.
-Guru Disiplin serahkan nama kepada Kaunselor untuk tindakan susulan
2.8.3. Sijil Sifar Ponteng
– Kelas yang berjaya mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil setiap bulan atau mengikut tempoh
tertentu.
– Walaupun tidak hadir, ia mesti bersebab.
– Murid yang mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil dan anugerah
- Setiap kelas mesti mencapai target 95% kehadiran setiap bulan.
2. DASAR AM KEBAJIKAN MURID
3.1. Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
3.1.1 Satu set buku teks setiap murid tingkatan 2,3 dan 5 akan diberi sebelum sesi persekolahan bermula.
3.1.2 Satu set buku teks setiap murid tingkatan 1 dan 4 akan diberi dalam minggu pertama sesi
persekolahan bermula
3.1.3. Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon yang Sama (Ruj:
K/P.BT.8945/Jld.28(24) 17Mac 2008).
3.1.4. Membantu/menasihati ibu bapa atau penjaga yang hendak membeli buku teks di pasaran terbuka.
3.1.5. Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun mengikut tarikh yang
ditetapkan serta membuat senarai murid yang tidak memulangkannya.
3.1.6 Guru SPBT mestilah mempastikan fail-fail SPBT, stok, hapus kira buku teks, system pengurusan
SPBT dan bilik BOSS sentiasa kemas kini dan teratur.
3.2. Pengurusan Bantuan Kewangan (Biasiswa/KWAPM/BAITULMAL/Biasiswa Lain/Bantuan Awal
Persekolahan)
3.2.1 Guru bantuan kewangan khasnya hendaklah mengenal pasti murid yang layak menerima bantuan
kewangan dan membantu mereka dalam urusan permohonan bantuan kewangan.
3.2.2 Guru bantuan kewangan hendaklah mematuhi prosedur bantuan yang ditetapkan serta mengemas
kini rekod/maklumat/data/sistem bantuan kewangan
3.2.3 Mengurus/menyelaras tuntutan bayaran/bayaran bantuan/agihan bantuan/sumbangan kepada murid/
kutipan sumbangan kewangan untuk murid dan pemantauan buku akaun
3.2.3. Seorang murid hanya boleh menerima satu biasiswa sahaja. Jika mendapat lebih daripada satu
100

