Page 128 - BUKU PENGURUSAN DASERA TERKINI 2019
P. 128

2.4.        Pengurusan Perhimpunan
                             2.4.1.    Perhimpunan rasmi pada hari Isnin (7.20 – 8.20 ) dan perhimpunan biasa pada hari-hari
                                          Selasa, Rabu dan Khamis (7.25 – 7.40 ) .Majlis Bacaan Surah Yassin untuk pelajar
                                          Islam dan Pemantapan Sahsiah kepada pelajar bukan Islam  di adakan pada setiap pagi
                                          Jumaat (7.20 – 7.45)
                             2.4.2.    Diuruskan oleh  Guru Bertugas. Mingguan dan dibantu oleh Badan Pengawas
                             2.4.3.    Murid tidak dibenarkan bercakap semasa perhimpunan kecuali sedang bertugas atau
                                          dengan kebenaran.
                              2.4.4.  Perhimpunan perlulah ringkas dan padat.
                              2.4.5.  Guru-guru juga diingatkan agar tidak bercakap semasa perhimpunan sedang
                                         dijalankan.Sekiranya perlu, maka guru dibenarkan keluar sebentar daripada berada di
                                         perhimpunan tersebut.
                              2.4.6.  Setiap murid wajib memiliki buku nota kecil dan wajib dibawa bersama sewaktu
                                         perhimpunan serta mencatat maklumat penting yang disampaikan semasa perhimpunan..
                              2.4.7   Segala maklumat yang disampaikan oleh guru/pengetua mesti dicatatkan di dalam Buku
                                         Laporan Mingguan oleh Guru Bertugas Mingguan dan oleh pengawas bertugas di tapak
                                         perhimpunan di dalam Buku Laporan Pengawas
                               2.4.8  Jika hari hujan, perhimpunan dibatalkan pada hari itu. murid perlu diarahkan ke kelas
                                         untuk melaksanakan aktiviti pengurusan kelas. (membersihkan kelas dan menceriakan
                                         kelas) di bawah penyeliaan guru) guru tingkatan yang perlu berada di kelas pada ketika
                                         itu.

               2.5.         Disiplin Murid
                              2.5.1.   SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah
                                          memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa.
                              2.5.2.   Guru-guru mestilah memberikan nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang
                                          murid itu melakukan kesalahan disiplin.
                              2.5.3.   Guru-guru mestilah memaklumkan secara bertulis kesalahan-kesalahan disiplin murid
                                          dengan mengisi borang laporan salah laku kepada Ketua Guru Disiplin atau GPK HEM
                                          untuk tindakan seterusnya.
                              2.5.4.   Guru hendaklah berpandukan prinsip bahawa hukuman yang dikenakan mestilah
                                          berpatutan dan adil serta setimpal dengan kesalahan murid serta bersifat mendidik .
                              2.5.5.   Hukuman berganda(double punishment) tidak boleh dikenakan kepada murid untuk satu
                                          salahlaku
                              2.5.6.  Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh
                                          menimbulkan prasangka kepada murid.
                              2.5.7    Salah laku murid semasa sesi PdP hendaklah diselesaikan dengan bijaksana sebelum
                                          merujuk kes salah laku murid kepada guru disiplin/GPKHEM.
                              2.5.8    Sebelum sesuatu hukuman dikenakan kepada murid, siasatan akan dilakukan. Oleh itu,
                                          guru hendaklah memberikan kerjasama dengan membenarkan murid yang terlibat dalam
                                          salah laku ke bilik disiplin atau ke bilik kaunseling untuk sesi kaunseling.

               2.6.     Tanggungjawab Guru
                              2.6.1.  Guru mestilah bersikap penyayang . Justeru itu guru mestilah mengenali nama setiap
                                          pelajar.
                               2.6.2. Guru hendaklah fahami dan kenali mana-mana murid yang sering menimbulkan
                                          masalah disiplin dan berikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan
                                          kerjasama. Jika gagal kes ini perlu dirujuk kepada kaunselor pelajar.
                              2.6.3.  Jangan mulakan proses P d P jika murid-murid tidak memberikan tumpuan
                                          (cth:bercakap sesama sendiri).






                                                           119
   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133