Page 133 - BUKU PENGURUSAN DASERA TERKINI 2019
P. 133
mengawal disiplin murid semasa waktu rehat dan memastikan murid menepati masa untuk
beredar dari kantin dan masuk ke kelas apabila loceng dibunyikan.
4.6.6. Murid tidak dibenarkan membeli makanan / minuman di luar waktu rehat kecuali dengan
Kebenaran
4.7. Kebersihan Kelas
4.7.1. Guru mata pelajaran waktu terakhir hendaklah memastikan murid membersihkan kelas 5
minit sebelum sesi persekolahan berakhir
4.7.2 JK Kebersihan dan Keceriaan Kelas bertanggungjawab melakukan penilaian terhadap
kebersihan dan keceriaan kelas pada setiap minggu untuk menentukan kelas terbersih @
terkotor pada minggu tersebut.
4.7.3 Kelas terbersih mingguan/bulanan akan menerima penghargaan daripada pihak sekolah
5. DASAR AM KESELAMATAN SEKOLAH
5.1. Latihan Kecemasan/Kebakaran
5.1.1. Memastikan bahawa latihan kebakaran (fire drill) dijalankan 2 kali setahun.
5.1.2. Mengadakan demonstrasi cara-cara memadam api apabila berlakunya kebakaran kecil.
5.1.3. Memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi.
5.1.4. Guru-Guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas/bilik khas dengan
segera,melalui laluan yang ditetapkan secara teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan.
Murid-murid khas atau OKU hendaklah dibantu keluar oleh guru mereka dan rakan-rakan.
5.1.5. Guru-Guru dan AJK Kelas mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik yang
lain serta bekalan gas ditutup sebelum keluar.
5.1.6. Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM) dibawa keluar dari pejabat oleh staf pejabat ke
tempat berkumpul.
5.1.7. Guru Tingkatan mestilah mengambil BJKM kelas masing-masing di tempat berkumpul dan
mengira bilangan murid dengan segera. Mana-mana murid yang tiada hendaklah
dimaklumkan kepada Pentadbir dengan serta-merta untuk tindakan menyelamat
5.2. Polisi Sekolah Selamat
5.2.1. Pihak sekolah mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah:
o Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah
o Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual
o Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti kurikulum dan Kokurikulum.
5.2.2. Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi dan diamalkan
setiap masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada semua warga sekolah
5.3. Kenderaan Guru, Murid,Ibu bapa dan Pelawat
5.3.1 Guru, Murid,Ibu bapa dan Pelawat mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang
telah dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk.
5.3.2. Guru, Murid,Ibu bapa dan Pelawat diingatkan supaya berhati-hati apabila memandu
kenderaan mereka dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan sebarang kemalangan.
5.3.3. Ibu bapa/penjaga yang menghantar dan mengambil murid tidak dibenarkan memasuki
kawasan sekolah untuk mengelak kesesakan, tetapi hendaklah menurunkan pelajar di pintu
pejalan kaki.
5.4. Pondok Kawalan Keselamatan
5.4.1. Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya mereka mendapati
tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah.
5.4.2. Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup. Mana-mana pelawat yang ingin berurusan
dengan sekolah mesti menandatangani Buku Rekod Pelawat dan mendapatkan Pas Pelawat
terlebih dahulu.
5.4.3. Pengawal keselamatan memastikan pelawat mematuhi carta alir keselamatan yang
124

