Page 132 - BUKU PENGURUSAN DASERA TERKINI 2019
P. 132
untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi terhadap anak / anak
jagaannya.
4.2.3. Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang berkenaan dan pemeriksaan
akan dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan berkenaan.
4.3. Surat Rawatan Murid
4.3.1. Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan murid bahawa surat rawatan boleh diperoleh di
pejabat sekolah.
4.3.2. Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Pengetua atau mana-mana Penolong Kanan.
4.3.3. Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di hospital atau
klinik kerajaan.
4.4. Murid Sakit
4.4.1. Sekiranya ada murid yang sakit pada sebelah pagi mereka perlu berhubung dengan Pejabat
Sekolah dan Guru Bertugas Mingguan akan dihubungi
4.4.2. Guru Bertugas akan menentukan tahap kesihatan murid sama ada perlu dihantar ke klinik,
berehat di bilik rawatan atau menghubungi ambulan atau warisnya.
4.4.3. Guru Bertugas atau Guru Tingkatan boleh menghubungi ibu bapa / penjaga berkenaan untuk
menjemputnya di sekolah sekiranya perlu.
4.4.4. Guru Bertugas dan Guru Tingkatan tidak boleh membenarkan murid berkenaan pulang
sendiri ke rumah walaupun rumahnya berhampiran dengan sekolah. Murid yang sakit boleh
berada di bilik rawatan sehingga rehat ditemani oleh rakan sekelas yang akan diganti pada
setiap jam.
4.4.5. Jika berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, Guru Bertugas mestilah menghubungi
segera ibu bapa / penjaga untuk menghantar murid berkenaan ke klinik atau hospital
terdekat atau ke rumah murid berkenaan.Pihak sekolah juga boleh memanggil ambulan
sekiranya berlaku kecederaan serius yang memerlukan rawatan segera.
4.4.6. Guru bertugas mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan pulang dalam Buku
Laporan Bertugas dan Buku Rekod Keluar Murid.
4.5. Kebersihan dan Keceriaan Sekolah
4.5.1. Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga kebersihan diri,
kelas, tandas, kantin, bilik-bilik khas,bangunan dan kawasan sekolah.
4.5.2. Guru-guru Tingkatan mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya supaya
menjaga kebersihan dan keceriaan kelas setiap hari.
4.5.3. Guru-guru Tingkatan bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas mereka
agar kelihatan kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi memudah dan membantu dalam
proses P & P.
4.5.4. Guru waktu akhir bertanggungjawab melaksanakan aktiviti pengurusan kelas 5 minit
sebelum waktu persekolahan berakhir seperti membersihkan kelas, menyusun meja dan
kerusi, menutup suiz lampu dan kipas.
4.6. Kantin Sekolah
4.6.1. Guru AJK Kantin bertanggungjawab memastikan bahawa pengusaha kantin mengamalkan
kebersihan dalam penyediaan,penjualan dan menjaga seluruh kawasan kantin.
4.6.2. Guru AJK Kantin perlu membuat laporan harian dan menyemak buku penilaian kendiri yang
dibekalkan oleh JPN.
4.6.3. Jika berlaku kes keracunan makanan di kantin sekolah, AJK Kantin hendaklah membantu
GPKHEM melakukan tindakan yang sesuai dan segera.
4.6.4. Guru-guru juga bertanggungjawab menasihatkan para murid supaya mengamalkan
pemakanan seimbang dan tidak menggalakkan murid membeli makanan daripada penjual di
luar kawasan sekolah.
4.6.5. Guru Bertugas Harian sebaiknya berada di kantin bersama-sama pengawas bertugas untuk
123

