Page 129 - BUKU PENGURUSAN DASERA TERKINI 2019
P. 129
2.6.4. Jangan biarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan murid-murid
lain dibiarkan bising di tempat mereka atau di belakang kelas.
2.6.5. Sebelum memulakan PdP guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk
bahagian kaki lima kelas dan mengarahkan murid-murid mengemas dan
membersihkannya dengan segera.
2.6.6. Guru-guru haruslah mengambil perhatian lebih terhadap murid-murid yang selalu tidak
membuat kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Catatkan masalah ini di dalam BRPP
2.6.7. Penyemakan buku nota dan latihan akan dilakukan sebanyak 2 kali setahun oleh
pentadbir.
2.7. Dasar Umum Disiplin
2.7.1. Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan mesti dibawa ke sekolah pada
setiap hari.
2.7.2. Setiap murid wajib memiliki buku nota kecil dan wajib dibawa bersama sewaktu
perhimpunan serta mencatat maklumat penting yang disampaikan semasa perhimpunan.
2.7.3. Pada awal tahun permulaan semasa persekolahan, murid akan diberi penjelasan dan
penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang
dikuatkuasakan jika melanggar peraturan melalui Perhimpunan Rasmi Sekolah.
2.7.4. Pemeriksaan Gempar/Spot Check
2.7.4.1. Pemeriksaan Gempar/sport check akan dijalankan dari semasa ke semasa ke
atas murid semasa berada di bilik kelas atau tapak perhimpunan atas arahan
pihak pentadbir.
2.7.4.2. Guru disiplin/guru bertugas bersama guru tingkatan atau guru mata pelajaran
dengan bantuan pengawas akan menjalankan sport check dengan disaksikan
oleh murid berkenaan.
2.7.4.3. Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod
oleh guru berkaitan dalam Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan.
2.7.4.4. Barang larangan yang dirampas disimpan di dalam bilik disiplin
2.7.4.5. Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya oleh dituntut
balik oleh ibu bapa/penjaga murid selepas berjumpa dengan Ketua Guru
Disiplin atau GPK HEM dan menandatangani surat aku janji .
2.7.4.6. Barang rampasan yang tidak dituntut selepas lima tahun akan dilupuskan oleh
JK Unit Disiplin setelah dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan
Sekolah dan Jawatankuasa PIBG serta setelah mendapat kebenaran rasmi
daripada pengerusi kedua-dua jawatankuasa tersebut.
2.7.4.7. Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-
murid.
2.7.4.8. Murid tidak dibenarkan menjalankan aktiviti sendiri di sekolah tanpa
pengawasan guru.
2.7.4.9. Murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas selepas sesi persekolahan dan
ketika hari cuti, melainkan bersama guru.
2.7.4.10. Murid tidak dibenarkan berada di dalam kawasan sekolah selepas pukul 6.00
petang melainkan bersama guru.
2.7.4.11. Aktiviti bersama pelajar lelaki dan perempuan sangat dilarang kecuali yang
berkaitan pembelajaran di bawah bimbingan guru.
2.7.4.12. Sebarang perbuatan yang menjolok mata seperti berdua-duaan lelaki-
perempuan, merokok, merempit, melepak dan sebagainya walaupun di luar
kawasan sekolah dianggap menjatuhkan nama baik sekolah dan
diketegorikan sebagai kes berat.
2.7.4.13. Menjadi tanggung jawab semua guru dan murid untuk melaporkan sebarang
kes salah laku dalam kalangan murid kepada Unit Disiplin, Unit Bimbingan
Dan Kaunseling, Penolong Kanan dan Pengetua.
120

