Page 131 - BUKU PENGURUSAN DASERA TERKINI 2019
P. 131

3.3.    Khidmat Bimbingan dan Kaunseling
                          3.3.1.  Kaunselor mestilah memberikan galakan, motivasi dan merangsang minat murid terhadap
                                     akademik di samping membantu serta membimbing murid menyelesaikan sendiri masalah
                                     emosi- sosial yang dihadapinya dengan memberi bimbingan dan saranan sama ada secara
                                     individu atau kelompok.
                          3.3.2.  Khidmat bimbingan dan kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara
                                     hak murid. Segala maklumat murid adalah SULIT dan hanya boleh didedahkan kepada
                                     pihak yang bersama membantunya sahaja.
                          3.3.3.  Kaunselor juga harus memainkan peranan aktif dalam merancang,mengelola dan
                                     menjalankan program-program motivasi, kepimpinan, akademik dan kemahiran-kemahiran
                                     belajar kepada pada murid.
                          3.3.4.  Kaunselor harus membimbing murid dalam membuat pemilihan kerjaya mereka,
                                     terutamanya calon-calon lepasan SPM yang ingin membuat pemilihan kursus di IPTA atau
                                     IPTS.
                          3.3.5.  Kaunselor mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat kaunseling kepada murid yang
                                     telah diberi surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Bagi murid yang telah
                                     digantung/dibuang sekolah dan diterima bersekolah semula, sesi kaunseling perlu
                                     dilakukan selama enam bulan dan laporan perubahan tingkah laku hendaklah disediakan
                          3.3.6   Kaunselor perlu menyediakan laporan kaunselor kepada murid yang akan dibuang sekolah
                                     untuk disertakan bersama surat buang sekolah.
                          3.3.7.  Guru Disiplin dan Guru Tingkatan boleh merujuk kepada kaunselor tentang murid yang
                                     memerlukan bantuan kaunseling ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin.
                          3.3.8   Kaunselor perlu menjalankan program penilaian kendiri bagi membantu murid membuat
                                     penilaian terhadap diri sendiri dengan menggunakan Buku Penilaian Kendiri yang wajib
                                     dimiliki dan ditanda setiap hari oleh murid. Buku ini hendaklah dikumpul dan dianalisa
                                     sebulan sekali bagi mengesan murid yang amat memerlukan perhatian.

               3.4.    Kebajikan murid
                         3.4.1.   Guru Tingkatan mestilah mendapatkan maklumat mengenai bilangan anak yatim atau
                                     murid yang terlalu rendah SES (Social Economic Status) agar mereka ini dapat diberikan
                                     bantuan. Sila dapatkan maklumat ini pada minggu pertama sesi persekolahan dan serahkan
                                     senarai nama kepada Setiausaha KWAPM dan Setiausaha Bantuan Kebajikan agar
                                     tindakan dapat dilakukan.
                          3.4.2.  Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada kalangan
                                     muridnya yang menghidap penyakit denggi /penyakit kronik/
                                     kemalangan/kematian/bencana dalam keluarganya.
                         3.4.3.   Derma kilat akan dibuat oleh setiausaha kebajikan sekiranya berlaku kematian/bencana
                                     seperti kematian saudara terdekat (ibubapa) atau murid.

                                      4. DASAR AM KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

               4.1.   Rekod Kesihatan Murid
                        4.1.1.   Buku Rekod Kesihatan ini selalunya diperoleh sewaktu murid berada di sekolah rendah
                                    lagi. Ia akan dibawa dan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke sekolah menengah.
                                    Guru Tingkatan mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod Kesihatan
                                    yang disimpan di dalam fail peribadi.
                        4.1.2.   Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah dan
                                    disertakan bersama Fail Peribadi murid berkenaan

               4.2.  Kad Pergigian Murid
                       4.2.1.   Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun, terutamanya
                                   kepada murid-murid Tingkatan Satu.
                       4.2.2.   Guru Tingkatan mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga murid



                                                           122
   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136