Page 130 - BUKU PENGURUSAN DASERA TERKINI 2019
P. 130
2.7.4.14. Setiap arahan Pengawal Keselamatan yang berkaitan tugasan mereka wajib
dipatuhi oleh semua murid dan menjadi kesalahan jika diingkari.
2.7.4.15. Penggunaan padang permainan , peralatan dan kemudahan perlu mendapat
keizinan daripada pihak pengurusan sekolah.
2.7.5 Kategori kesalahan perlu merujuk kepada Buku Peraturan Sekolah SMKDSR yang wajib
dimiliki murid.
2.8. Kaedah Mengatasi Disiplin
2.8.1. Edarkan senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada:
o semua guru
o kelas-kelas(untuk ditampal)
o bilik-bilik khas
2.8.2. Guru mata pelajaran / guru kelas
o rekodkan kesalahan murid di BRPP
o Guru Disiplin akan kumpulkan maklumat dan rekodkan serta diambil tindakan.
o Guru Disiplin bawa ke mesyuarat disiplin ikut keperluan.
o Guru Disiplin serahkan nama kepada Kaunselor untuk tindakan susulan
2.8.3. Sijil Sifar Ponteng
o Kelas yang berjaya mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil setiap bulan atau
mengikut tempoh tertentu.
o Walaupun tidak hadir, ia mesti bersebab.
o Murid yang mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil dan anugerah
o Setiap kelas mesti mencapai target 95% kehadiran setiap bulan.
3. DASAR AM KEBAJIKAN MURID
3.1. Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
3.1.1 Satu set buku teks setiap murid tingkatan 2,3 dan 5 akan diberi sebelum sesi persekolahan
bermula.
3.1.2 Satu set buku teks setiap murid tingkatan 1 dan 4 akan diberi dalam minggu pertama sesi
persekolahan bermula
3.1.3. Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon yang Sama (Ruj:
K/P.BT.8945/Jld.28(24) 17Mac 2008).
3.1.4. Membantu/menasihati ibu bapa atau penjaga yang hendak membeli buku teks di pasaran
terbuka.
3.1.5. Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun mengikut tarikh
yang ditetapkan serta membuat senarai murid yang tidak memulangkannya.
3.1.6 Guru SPBT mestilah mempastikan fail-fail SPBT, stok, hapus kira buku teks, sistem
pengurusan SPBT dan bilik BOSS sentiasa kemas kini dan teratur.
3.2. Pengurusan Bantuan Kewangan (Biasiswa/KWAPM/BAITULMAL/Biasiswa Lain/Bantuan
Awal Persekolahan)
3.2.1 Guru bantuan kewangan khasnya hendaklah mengenal pasti murid yang layak menerima
bantuan kewangan dan membantu mereka dalam urusan permohonan bantuan kewangan.
3.2.2 Guru bantuan kewangan hendaklah mematuhi prosedur bantuan yang ditetapkan serta
mengemas kini rekod/maklumat/data/sistem bantuan kewangan
3.2.3 Mengurus/menyelaras tuntutan bayaran/bayaran bantuan/agihan bantuan/sumbangan kepada
murid/ kutipan sumbangan kewangan untuk murid dan pemantauan buku akaun
3.2.3. Seorang murid hanya boleh menerima satu biasiswa sahaja. Jika mendapat lebih daripada
satu biasiswa, satu surat pemberitahuan perlu dihantar kepada pihak penaja.
3.2.4. Guru tingkatan mesti memastikan bahawa murid-murid yang berpindah masuk dapat
menyambung bantuan yang diterima dengan menyerahkan dokumen pengesahan yang
lengkap daripada sekolah asal kepada Guru Biasiswa
121

