Page 34 - NOTA MEKANIK DARI BUKU TEK
P. 34
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal TINGKATAN4
Brek digunakan untuk memberhentikan roda yang sedang berputar. Terdapat dua jenis brek
yang digunakan sama ada brek jenis gelendong atau brek jenis cakera. Brek jenis gelendong akan
memberhentikan pusingan roda melalui geseran antara permukaan lapik kekasut dan gelendong
seperti dalam Foto 3.10. Bagi brek jenis cakera pula, ia akan memberhentikan pusingan roda melalui
geseran antara pad brek dengan permukaan cakera seperti dalam Foto 3.11. Roda basikal pula akan
terhenti apabila getah pad brek menekan rim basikal seperti dalam Foto 3.12.
Foto 3.10 Brekgelendong Foto 3.11 Brekcakera Foto 3.12 Brekbasikal
3.3.2 Kaedah Penyelesaian Geseran
StandardPembelajaran
Menyelesaikan masalah berkaitan dengan geseran bermula
Menyelesaikan masalah
daripada jasad hendak mula bergerak yang melibatkan pekali
berkaitan jasad hendak mula
geseran dengan menggunakan rumus dan konsep hukum geseran bergerak yang melibatkan
pada permukaan mendatar dancondong. pekali geseran menggunakan
rumus dan konsep hukum
geseran pada:
(a) Permukaan Mendatar (i) Permukaan mendatar
(ii)Permukaan condong
Contoh 1
Satu daya P dikenakan pada jasad berjisim 30 kg seperti dalam
Rajah 3.50. Jasad itu berada dalam keadaan pegun di atas Info
permukaan mendatar. Hitungkan nilai daya P sekiranya nilai
pekali geseran, µ= 0.45. Pecutan graviti,
g = 9.81 m/s 2
P m = 30 kg
Rajah3.50
144

