Page 33 - NOTA MEKANIK DARI BUKU TEK
P. 33
MODUL3 Asas Statik Kejuruteraan
(c) Penggunaan Geseran dalam Kejuruteraan Mekanikal
Geseran banyak mempengaruhi kehidupan harian kita ketika melakukan kerja. Seseorang yang
memakai kasut yang telah haus tapaknya, lebih mudah terjatuh apabila berjalan di atas permukaan
yang licin. Keadaan ini terjadi kerana geseran antara permukaan tapak kasut dengan permukaan
licin adalah kurang dan akan mengakibatkan tiada cengkaman dihasilkan. Begitu juga tapak tangan
yang bersih lebih kuat mencengkam barangan yang dipegang jika dibandingkan dengan tapak
tangan yang berminyak.
Dalam bidang kejuruteraan, kesan tindakan geseran dimanfaatkan dalam pemindahan kuasa
dan pergerakan. Contoh peralatan yang menggunakan kesan geseran dalam pengendaliannya ialah
tali sawat, brek, cekam, dan rodakenderaan.
Tali sawat digunakan untuk memindahkan kuasa daripada takal pemacu kepada takal terpacu.
la biasanya diperbuat daripada getah dan diperkuatkan dengan tali nilon. Takal pula diperbuat
daripada besi tuang. Kuasa akan terpindah melalui geseran antara permukaan tali sawat yang
bersentuhan dengan takal. Contoh penggunaan tali sawat dan takal ialah pada kipas radiator kereta,
mesin jahit, dan mesinbasuh.
Info
Pastikan tali sawat tidak
bergetar ketika enjin
beroperasi kerana ia adalah
satu tanda komponen
berkenaan tidak beradadalam
keadaan yang betul.
TahukahAnda?
Mesin basuh
Ciri mekanik haus pad brek
untuk kegunaan kenderaan
persendirian telah dikaji
dengan mensimulasikan
pembrekan. Keputusan
ujian menunjukkan pekali
geseran adalah tertinggi
pada permulaan pembrekan
dan menurun secara
beransur-ansur dengan masa
pembrekan. Ini berlakukerana
penurunan pengerasan kerja
dan kekasaran permukaan
semasa pembrekan.
Enjin kenderaan
Foto 3.9 Penggunaan tali sawat pada mesin basuh dan enjin kenderaan
143

