Page 31 - NOTA MEKANIK DARI BUKU TEK
P. 31

MODUL3       Asas Statik Kejuruteraan

                Seorang pekerja pembinaan landskap hendak memindahkan bongkah batu besar ke kawasan
            pembinaan. Pekerja tersebut tidak dapat menolak bongkah batu itu kerana permukaan bawahnya
            bersentuh rapat dengan permukaan tanah. Ini kerana terdapat rintangan yang tinggi yang mana ia
            dikenali sebagai daya geseran.
                Daya geseran telah menghalang kelancaran kerja-kerja memindahkan bongkah batu itu.
            Keadaan ini boleh diminimumkan dengan menggunakan alas guling. Alas guling merupakan
            beberapa paip PVC berbentuk silinder yang ditempatkan di bawah bongkah batu itu seperti dalam
            Foto 3.6. Alas guling telah diterjemahkan dalam bentuk baharu, iaitu galas bebola atau ball bearing
            seperti dalam Foto3.7.


















             Foto  3.6  Meminimumkan daya geseran dengan     Foto 3.7 Contoh galas bebola (ballbearing)
             penggunaan alas guling


              (a) HukumGeseran



                (i) Arah daya geseran sentiasa bertentangan atau berlawanan arah gerakanjasad.
                (ii) Magnitud daya geseran tidak bergantung kepada luas permukaansentuhan.
                (iii) Magnitud daya geseran dua permukaan bersentuh bergantung kepada jenis bahan,
                   bentuk, dan keadaan permukaantersebut.
                (iv) Daya geseran berkadar terus dengan tindakbalas normal.




              (b) Pekali Geseran

            Pekali geseran ialah nilai yang menunjukkan hubungan antara dua objek dan tindak balas normal
            antara objek yang terlibat. Pekali geseran ialah nilai yang kadang-kadang digunakan dalam fizik
            untukmencari daya biasa atau daya geseran objek.
                Pekali μ boleh menjadi dua perkara yang berbeza sama ada pekali atau pekali geseran kinetik
            μk. Pekali geseran statik ialah daya geseran di antara dua objek apabila tiada objek bergerak. Pekali
            geseran dinamik ialah daya antara dua objek apabila satu objek bergerak, atau jika dua objek
            bergerak terhadap satu samalain.




                                                                                                   141
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36