Page 30 - NOTA MEKANIK DARI BUKU TEK
P. 30

Pengajian Kejuruteraan Mekanikal     TINGKATAN4


              Rajah 3.49 menunjukkan apabila daya P dikenakan kepada
           jasad, daya geseran (F) pada arah yang bertentangan terhasil       Info
           untuk mengimbangi tindakan daya (P). Ini bermakna daya (P),
           berkadar terus dengan daya (F) selagi jasad belum bergerak.          F =µR
           Dalam situasi ini, jasad atau objek masih belum bergerak kerana
           daya (P) yang bertindak ke atas jasad berkenaan kurang daripada  F = Dayageseran
           atau sama dengan daya(F).                                     µ = Pekaligeseran
              Tetapi apabila daya (P), ditingkatkan, kecenderungan jasad  R = Tindak balas normal ke
           untuk bergerak mula berlaku. Pada masa yang sama juga, daya   atas permukaan bersentuhan
           geseran (F) meningkat sehingga mencapai daya maksimumnya.
           Daya geseran (F) yang maksimum bagi kedua-dua permukaan
           yang bersentuhan itu dinyatakan sebagai geseran pengehad. Nilai
           daya geseran berkadar terus dengan daya tindak balas normal (R)
           dan dinyatakan sebagai F = µRiaitu pemalar pekaligeseran.
              Ketika jasad mula hendak bergerak, nilai daya (P), adalah
           sama dengan daya (F), manakala nilai berat (W) pula adalah sama
           dengan daya tindak balas normal (R). Jasad akan mula bergerak
           apabila daya (P) lebih besar daripada daya(F).

                                                                                W =mg




                                                                                                P

                                                                     F



                                                                                   R



















                                Rajah 3.49 Geseran antara kotak dan permukaan lantai









         140
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35