Page 28 - MQA DOKUMEN
P. 28
Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI 2017
Penilaian kajian ini ditentukan mengikut tahap-tahap yang bersesuaian.
Penilaian dibuat berdasarkan kecukupan pencapaian terhadap objektif kajian,
Sokongan sorotan kajian, analisis kajian dan dapatan kajian serta pembuktian
ilmiah dijadikan penilaian utama terhadap perkembangan pelajar.
v) Penyimpanan dan pengawalan bahan penilaian.
Salinan master bahan-bahan penilaian disimpan dalam bentuk softcopy dan
hardcopy di pejabat Institut Pengajian Siswazah, Hal Ehwal Akademik dan
pensyarah/penyelia berkenaan sahaja.
vi) Pembaikan bahan penilaian
Pembaikan akan dilakukan berdasarkan kepada pencapaian pelajar terhadap
objektif kajian yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh
pensyarah/penyelia.
2.2.2 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersepadu dan berterusan serta
menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembangunan pelajar.
2.2.3 Permintaan Pasaran dan Sosial Terhadap Program
Kolej Universiti telah memilih dua orang panel yang berlatarbelakangkan bidang
yang disyorkan iaitu syariah dalam pembentukan program dan pembinaan kurikulum
secara dasar bagi memenuhi kehendak pasaran dan permintaan masyarakat.
2.2.4 Keupayaan Program Terhadap Pembentukan Pelajar
Program ini telah menyediakan kurikulum yang mampu membentuk pelajar yang
menyelesaikan masalah dengan menggunakan analitikal dan kemahiran membuat
keputusan ke arah memupuk sifat kepimpinan masa hadapan, ianya boleh dicapai
melalui penggunaan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan
inovatif.
52

