Page 32 - MQA DOKUMEN
P. 32

Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
               MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI  2017

               2.4.4  Proses Penyemakan dan Penilaian Program


                       Mekanisma  pengukuran  yang  berkesan  bagi  menilai  samada  pendidikan  dan
                       program yang dilaksanakan berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan di mana
                       perhatian  diberikan  kepada  “hasil  pembelajaran”  yang  hendak  dicapai  disamping

                       penentuan indikator pencapaian yang bersesuaian.

               2.4.5  Penyediaan Persekitaran Pembelajaran Yang Kondusif


                       Kolej  Universiti  telah  menyediakan  kemudahan  perpustakaan  yang  boleh
                       menampung sekurang-kurangnya 500 orang pelajar pada satu-satu masa, disamping

                       penyediaan  bahan  pembelajaran  seperti  buku-buku  rujukan  tempatan  dan
                       antarabangsa,  majalah-majalah  yang  berkaitan  isu-isu  semasa  dan  lain-lain  yang
                       berkaitan.  Pihak  pengurusan  Kolej  Universiti  melalui  pustakawan  mempunyai

                       hubungan  yang  baik  dengan  perpustakaan-perpustakaan  IPTA  yang  bersedia
                       membantu pelajar untuk mendapatkan koleksi-koleksi terhad yang perlu dirujuk oleh

                       para pelajar program ini. Kerjasama ini dapat mengukuhkan lagi koleksi sumber ilmu
                       melalui perkongsian bijak.


               2.4.6  Inisiatif Untuk Menggalakkan Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

                       Inisiatif  di  pihak  Institut  Pengajian  Siswazah  ialah  memastikan  pengajaran  yang

                       dibekalkan  mengikut  piawaian  yang  telah  ditetapkan  oleh  MQA  dan  lanjutan  dari
                       piawaian  ini  dikukuhkan  melalui  ketetapan  yang diputuskan  oleh Ahli Panel  Kajian
                       yang  dilantik  contohnya  seminar  yang  perlu  disertai  oleh  pelajar.  Ini  ialah  untuk

                       memastikan  hasil  kajian  yang  dijalankan  bermutu  tinggi  dan  menepati  hasil
                       pembelajaran yang telah ditetapkan.


               2.4.7  Perlantikan Pihak Luar Dalam Penyemakan dan Penilaian Program

                       Pihak Institut Pengajian Siswazah telah melantik 2 orang Jawatankuasa Panel Kajian

                       Ijazah  Sarjana  Doktor  Falsafah  sejarah  untuk  mendapatkan  maklumbalas,
                       pandangan dan teguran dari semasa ke semasa. Jawatankuasa Panel Kajian terdiri

                       daripada:

                       1) Professor Dr.  Ishak bin Saat, Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI)


                       2) En. Mohd Azmi bin Mohd Yusof,   Timbalan  Ketua  Pengarah  (Jabatan  Muzium
                         Malaysia.)






                                                           56
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37