Page 33 - MQA DOKUMEN
P. 33

Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
               MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI  2017

               2.5     Hubungan Dengan Pihak Berkepentingan Luar (External Stakeholders)


               2.5.1  Hubungan Dengan Pihak Luar Dalam Peningkatan Pencapaian Kurikulum

                       Institut  Pengajian  Siswazah  akan  memperkukuhkan  jalinan  kerjasama  strategik

                       bersama  agensi  kerajaan,  swasta  dan  badan-badan  bukan  kerajaan  (NGO)  serta
                       lain-lain organisasi yang berkaitan dalam merangka dan melaksanakan program ini.


               2.5.2  Mekanisma Untuk Mendapatkan Maklumbalas Daripada Majikan Dalam Peningkatan
                       Pencapaian Kurikulum


                       Institut  Pengajian  Siswazah  bersama  penyelia/tenaga  pengajar  akan  mengadakan
                       “industry  table”  bersama-sama  majikan.  Melalui  sesi  perbincangan  ini,  cadangan
                       penambahbaikan  dan  maklumbalas  daripada  mereka  tentang  pencapaian  semasa

                       kurikulum  akan  diperhalusi  bagi  memastikan  kurikulum  program  ini  dapat
                       memberikan impak seperti mana yang dirancang dalam hasil pembelajaran.


               2.5.3  Peluang Pelajar Dalam Perhubungan Dengan Pihak Luar

                       Melalui  jalinan  kerjasama  strategik  bersama  agensi  kerajaan,  swasta  dan  badan-

                       badan bukan kerajaan (NGO) serta lain-lain organisasi yang berkaitan ianya dapat
                       memberikan  peluang  kepada  pelajar  dalam  mengetengahkan  hasil  kajian  mereka
                       dan seterusnya membantu pihak-pihak tersebut dalam menyelesaikan masalah atau

                       menerangkan  isu-isu  semasa.  Secara  tidak  langsung  ianya  dapat  membantu
                       menjana pembangunan Negara.



























                                                           57
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38