Page 35 - MQA DOKUMEN
P. 35

Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
               MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI  2017

                       keseluruhan.  Maklumat ini akan digunakan untuk   melihat  pencapaian  setiap  hasil
                       pembelajaran program dengan melihat pemetaan   purata pencapaian setiap kursus

                       terhadap setiap hasil pembelajaran program.


               3.2     Kaedah Penilaian


               3.2.1  Penilaian pelajar dilakukan pada setiap semester. Ianya meliputi Laporan  Kemajuan
                       dari penyelia tentang perkembangan kajian yang dilakukan oleh pelajar.


               3.2.2  Tidak berkaitan.


               3.2.3  Penilaian dinilai melalui kemajuan pelajar mengikut tahap-tahap dalam penyelidikan
                       menggunakan buku log.


               3.2.4  Kemajuan  pelajar  dinilai  melalui  kecukupan  hujah  dan  perbincangan  dalam  kajian
                       berpandukan laporan dari penyelia.


               3.2.5  Kemajuan pelajar dinilai melalui sesi perbentangan bersama penyelia dan pemeriksa
                       luar  berdasarkan  tahap-tahap  kajian.  Ini  dilakukan  bagi  memastikan  objektif  kajian

                       selari dengan hasil kajian yang akan diperolehi. Ini juga akan membantu pelajar agar
                       sentiasa  berada  pada  landasan  yang  betul  secara  khususnya  ia  akan  memastikan
                       kesahan dan kebolehpercayaan kajian terjamin.


               3.2.6  Untuk  memastikan  sesuatu  kajian  itu  mengikut  piawaian  yang  telah  ditetapkan

                       pemeriksa  luar  akan  dilantik  dari  IPTA.  Ini  dilakukan  agar  kajian  yang  dijalankan
                       menepati piawaian semasa yang diamalkan oleh IPT lain.


               3.2.7  Pemeriksa luar yang dilantik adalah terdiri dari pakar dalam bidang sejarah. Justeru
                       kepakaran  mereka  akan  digunakan  melalui  sesi  soal  jawab  dalam  seminar  atau
                       bengkel. Pelajar adalah diwajibkan untuk membentangkan kemajuan kajian mereka

                       secara  berkala mengikut semester.

                3.3    Pengurusan Penilaian Pelajar


               3.3.1  Institut Pengajian Siswazah akan bertanggungjawab ke atas semua polisi penilaian

                       dan segala perkara berkaitan pengurusan penilaian tersebut.



                                                           59
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40