Page 34 - MQA DOKUMEN
P. 34
Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI 2017
BIDANG 3 : PENILAIAN PELAJAR
3.1 Hubungan Penilaian dan Pembelajaran
3.1.1 Penilaian Pembelajaran: Cadangan Kajian, Laporan Kemajuan, Viva voce dan Tesis
Kursus yang ditawarkan mempunyai kaedah penilaian pembelajaran yang
bersesuaian untuk memastikan hasil pembelajaran tercapai berdasarkan pemetaan
hasil pembelajaran kursus dengan hasil pembelajaran program.
3.1.2 Penerangan mengenai penyelidikan kurikulum kursus pengajian
i) Cara penyampaian kurikulum kursus pengajian
Semua kursus pengajian akan dilaksanakan mengikut kaedah pembelajaran
konsultasi, perbicangan dan pembentangan. Ia diperkukuhkan dengan
bahan-bahan pembelajaran tambahan seperti buku-buku rujukan, jurnal-
jurnal dan penyertaan seminar-seminar yang berkaitan. Konsultasi akan
dikendalikan oleh pensyarah/penyelia yang menerangkan secara umum
topik-topik kajian dalam bidang yang berkaitan.
Institut Pengajian Siswazah mengamalkan sistem penilaian berterusan di
mana konsultasi, perbincangan dan pembentangan diadakan secara berkala
oleh pensyarah/penyelia bagi memastikan perkembangan kajian pelajar
dipantau secara rapi.
3.1.3 Fakulti memastikan kaedah penilaian pelajar pada setiap semester bergantung
kepada rundingan berterusan (formal dan tak formal) ,pembentangan cadangan
kajian (proposal) dan Laporan Kemajuan Penyelidikan. Fakulti akan memantau dan
memastikan pelajar mematuhi etika penyelidikan (research ethics) seperti yang
tercatat dalam buku Peraturan Akademik Program Ijazah Tinggi.
3.1.4 Terdapat kursus audit yang ditawarkan iaitu Etika Profesional Islam yang wajib
diambil oleh pelajar di samping penerapan elemen pengurusan insan diterapkan
dalam proses pembelajaran dan pengajaran setiap program.
3.1.5 Analisis „Entrance and Exit Survey„ dalam program ini akan menunjukkan purata
pencapaian semua hasil pembelajaran kursus serta penilaian kursus secara
58

