Page 36 - MQA DOKUMEN
P. 36

Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
               MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI  2017

                   3.3.2  Semua  aktiviti  berkaitan  pengesahan  penilaian  pelajar  mesti  mendapat
                         pengesahan badan akademik tertinggi KUIM iaitu SENAT KUIM.


                   3.3.3  Pegawai  Tadbir  IPS  atau  Penyelaras  program  bertindak  sebagai  setiausaha
                         dalam  pembentangan  Viva  Voce  pelajar  bersama  penyelia  dan  pemeriksa  luar.

                         Keputusan keseluruhan pelajar perlu dibincangkan dalam mesyuarat di peringkat
                         fakulti, Mesyuarat Tetap Senat Siswazah dan disahkan dalam mesyuarat SENAT

                         KUIM.  Keputusan  tidak  boleh  dimaklumkan  kepada  pelajar  jika  tidak  mendapat
                         pengesahan  SENAT  KUIM.  Penentuan  dan  pencapaian  tanda  aras  program  ini
                         adalah bergantung kepada ulasan dan laporan  dua (2) orang Panel Penilai luar

                         yang dilantik oleh Kolej Universiti bagi memastikan hasil kajian bermutu tinggi.


                   3.3.4  Semua penyimpanan rekod pencapaian pelajar adalah disimpan di dalam Sistem
                         Pengurusan  Akademik  (perisian)  Institut  Pengajian  Siswazah  yang  mana
                         pencapaiannya  adalah  terhad.  Semua  rekod-rekod  pencapaian  pelajar,  laporan

                         kemajuan  pelajar,  ulasan  pemeriksa  luar  dan  lain-lain  yang  berkaitan  akan
                         disimpan  di pejabat  Institut  Pengajian Siswazah  di  dalam  almari  yang  berkunci.
                         Semua keluar masuk dokumen-dokumen sulit ini hendaklah melalui dan di dalam

                         pengetahuan Dekan IPS.

                   3.3.5  Salinan  laporan  kemajuan  pelajar  akan  berikan  kepada  pelajar  secara  bertulis.

                         Ianya boleh diambil di pejabat Institut Pengajian Siswazah.


                   3.3.6  Institut  Pengajian  Siswazah  akan  memberikan  maklumbalas  laporan  kemajuan
                         penyelia  kepada  pelajar  selewat-lewatnya  satu  minggu  dari  tarikh  terima
                         maklumbalas  tersebut.  pelajar  akan  diberikan  masa  untuk  memperbaiki  kajian

                         mengikut masa yang ditetapkan oleh penyelia.


                   3.3.7  Laporan  kemajuan  berkala  pelajar  boleh  didapati  di  pejabat  Institut  Pengajian
                         Siswazah. Di situ pelajar boleh melihat laporan kemajuan kajiannya. pelajar juga
                         boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut dengan bertemu penyelia.


                   3.3.8  Pelajar  adalah dibenarkan untuk  membuat  rayuan  jika  berasa  tidak berpuashati
                         terhadap  keputusan  yang  diterima.  Rayuan  hendaklah  dikemukakan  dalam

                         tempoh  dua  (2)  minggu  dari  tarikh  terima  keputusan.  Walaubagaimanapun
                         keputusan rayuan adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Rayuan yang bersidang
                         sekurang-kurangnya 4 kali setahun.


                                                           60
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41