Page 16 - Buku Skrap Kesenian 2021, Ashley Belle Chloe Linus, 6 Inovatif
P. 16

ASHLEY BELLE CHLOE LINUS                           KELAB KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
                   6 INOVATIF
                   2021                                                        SK BAHANG, PENAMPANG






                                    Kaum Bajau di Sabah


                   Kaum Bajau merupakan kaum bumiputra kedua terbesar di negeri Sabah.
                   Kaum Bajau kebanyakkannya beragama Islam dan berasal dari dua

                   kumpulan etnik yang tidak jauh bezanya iaitu Bajau di pantai Timur dan juga

                   Bajau di pantai Barat. Mereka ini merupakan antara pelaut terkenal pada
                   zaman dahulu sebelum kedatangan penjajah di Sabah. Kaum Bajau didapati

                   mempunyai kemahiran membina sampan atau kapal yang sederhana saiznya
                   dalam beberapa catatan sejarah.



                       Kaum Bajau dahulunya juga adalah pelaut yang mahir di mana kegiatan

                   utamanya ialah pelanunan serta penangkapan ikan. Orang-orang Bajau juga

                   mempunyai kemahiran menunggang kuda dan ini menjadikan mereka antara
                   kaum yang paling berjaya di Sabah. Kemahiran mereka ini menjadikan

                   mereka terkenal di negeri Sabah dan diberi gelaran “Koboi Timur” atau “Koboi
                   Sabah”. Semasa dalam majlis tertentu seperti pesta dan hari perayaan,

                   penunggang kuda kaum Bajau ini sering kelihatan dalam pakaian berwarna-
                   warni malah kuda mereka juga dipakaikan kain seperti penunggang juga.




                   Orang Bajau yang berada di sebelah pantai Barat Sabah kebanyakkannya
                   menetap dari bahagian Kota Kinabalu sehingga ke Kota Belud. Bagi kaum

                   Bajau yang berada di bahagian pantai Timur Sabah , mereka masih

                   mengamalkan kehidupan tradisional seperti kegiatan menangkap ikan dan
                   kaum Bajau di sini digelar Bajau Laut. Walaubagaimanapun orang-orang

                   Bajau di bahagian Timur Sabah ini kebanyakkannya telah menetap di darat
                   atau di perkampungan tepian pantai. Segelintir daripada mereka masih lagi

                   tinggal dalam perahu (Lepa) yang merantau ke sana sini. Kaum wanita Bajau
                   juga terkenal dengan tenunan kain mereka iaitu Dastar yang disulam dengan

                   kain berwarna merah, kuning, hijau, oren, emas dan putih.










                                                                                                    14
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21