Page 18 - Buku Skrap Kesenian 2021, Ashley Belle Chloe Linus, 6 Inovatif
P. 18
ASHLEY BELLE CHLOE LINUS KELAB KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
6 INOVATIF
2021 SK BAHANG, PENAMPANG
Serimpak
Mereka juga memakai aksesori untuk bahagian kepala yang dipanggil
serimpak. Perhiasan ini biasanya kelihatan seolah-olah mahkota dan
diperbuat daripada logam warna perak atau emas yang dihiasi dengan manik
pelbagai bentuk. Serimpak ini diletakkan pada bahagian rambut yang telah
dibentuk menjadi sanggul dan diikat dengan tali kain bagi mengetatkannya.
Serimpak ini ditambah lagi dengan hiasan bergantung di tepinya yang
dikenali sebagai garigai. Barang perhiasan lain yang turut dipakai wanita
Bajau ini ialah gelang yang diperbuat daripada perak. Mereka juga memakai
subang atau anting-anting yang diperbuat daripada emas atau perak. Selain
daripada itu mereka juga memakai tali pinggang yang dipanggil ingkot
pangkat dan kebiasaannya pada zaman dahulu ia diperbuat daripada logam
perak.
16

