Page 19 - Buku Skrap Kesenian 2021, Ashley Belle Chloe Linus, 6 Inovatif
P. 19

ASHLEY BELLE CHLOE LINUS                           KELAB KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
                   6 INOVATIF
                   2021                                                        SK BAHANG, PENAMPANG
                                 Badu dan Butang Betawi



                   ​
                          Etnik lelaki Bajau biasanya mengenakan baju tradisional yang

                   dipanggil badu. Badu atau baju ini biasanya dipilih kain berwarna hijau. Baju
                   ini dihiasi dengan butang betawi di belahan hadapannya. Butang betawi juga

                   ada kalanya digunakan untuk hiasan lengan baju. Lengan baju dibelah hingga
                   ke siku memperlihatkan baju bahagian dalam yang berwarna kontra. Badu

                   tradisi ini seperti biasa dipakai pada majlis perkahwinan. Kaum lelaki Bajau

                   juga mengenakan suar atau seluar berwarna hitam yang kebiasaannya
                   digunakan atau dipakai semasa majlis perkahwinan, manakala pada majlis

                   yang lain warna kontra akan digunakan. Lelaki Bajau juga memakai topi yang
                   dipanggil tanjak yang diperbuat daripada kain dastar. Seperti wanita etnik ini,

                   golongan lelaki juga memakai tali pinggang dipanggil ingkot pangkat. Mereka

                   juga memakai kain selendang yang disulam sebagai hiasan.




















































                                                                                                    17
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24