Page 39 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 39
Mengelecek
Saya mesti Kategori Serangan
merendahkan badan • Sekiranya pemain pertahanan berjaya merampas
untuk mengekalkan bola, dia akan berperanan sebagai pemain
keseimbangan saya.
penyerang dan akan memulakan serangannya
dari garisan tepi.
• Permainan diteruskan sehingga masa yang
diperuntukkan oleh guru tamat. 3
• Murid diminta mencatat bilangan gol masing-
masing dalam kad skor.
• Kumpulan yang dapat mengelecek melalui
bilangan gawang yang terbanyak ialah juara
kumpulan. Manakala murid yang berjaya
Saya akan
berusaha untuk mengelecek melalui bilangan gawang
mengelecek melalui terbanyak digelar jaguh kelecek.
sekurang-kurangnya
tiga gawang.
Variasi: Ubah suai saiz padang, saiz gawang,
bilangan pemain dan jenis bola mengikut
kebolehan murid.
1. Jelaskan situasi di mana kemahiran mengelecek boleh digunakan.
2. Cadangkan cara-cara untuk mengekalkan kawalan bola semasa mengelecek.
3. Mengapakah anda perlu melihat kawasan sekeliling semasa mengelecek dan
bukan memandang bola?
4. Bagaimanakah anda dapat mengekalkan keseimbangan semasa mengelecek bola?
1.3.3, 2.3.3, 5.2.2 31

