Page 70 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 70
Jangan Masuk
Semasa mengadang dalam permainan bola tampar, seorang pengadang yang
baik perlu berada dalam keadaan yang seimbang dan mempunyai pengamatan
yang tinggi tentang strategi menyerang pihak lawan. Pemain pengadang boleh
memaksa perejam menukar cara dan arah rejamannya. Mereka juga boleh
menyalurkan bola ke arah pemain pertahanan mereka yang lebih handal.
Cara
Bermain
Hebat adangan
kamu.
Cara RALI
Bermain MENGUMPAN
4
Pemasaan yang SERANG
sesuai sangat 3
Cara
penting semasa 5 KAPAL
Bermain
mengadang. SELAM
6
2 Perhatikan kedudukan
Cara REJAMAN bola sebelum melompat
Kategori Jaring
untuk mengadang.
Bermain HEBAT 1
4
Cara JANGAN
Bermain
MASUK
• Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.
• Kawasan bermain dibahagikan seperti dalam gambar rajah.
• Satu pasukan akan memulakan rali dengan membuat lambungan bola kepada pemain bahagian
hadapan untuk melakukan rejaman.
• Pemain pasukan lawan yang berhampiran dengan bola yang dilambung akan membuat lompatan
untuk mengadang bola.
• Jika pemain berjaya mengadang dan bola memasuki gelanggang lawan, pasukan tersebut akan diberi
3 mata. Jika bola diadang masuk ke gelanggang sendiri akan diberi 1 mata.
• Pasukan yang memenangi rali akan mendapat 1 mata dan akan memulakan rali seterusnya.
• Pasukan yang mendapat 25 mata ialah pemenang.
Variasi: Ubah suai saiz gelanggang, bilangan pemain, ketinggian jaring, dan jenis bola mengikut
kebolehan murid.
1. Pemain manakah yang dibenarkan untuk membuat adangan?
2. Bahagian tangan manakah yang digunakan untuk melakukan adangan?
3. Jelaskan pemasaan yang sesuai untuk melonjak semasa mengadang.
62 1.5.5, 2.5.5, 5.3.2

