Page 72 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 72

4.2  BADMINTON





                              Standard Kandungan


                        Melakukan kemahiran asas badminton dengan
                        lakuan yang betul.


                        Menggunakan pengetahuan konsep pergerakan dan
                        prinsip mekanik dalam kemahiran asas badminton.


                        Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri
                        semasa melakukan aktiviti fizikal.


                        Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam
                        kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.


                 Permainan  badminton adalah sejenis  permainan kategori jaring yang
                 menggunakan raket dan bulu tangkis. Permainan ini biasanya dimainkan secara
                 perseorangan atau berpasangan (dikenali sebagai beregu). Permainan dimulakan
                 dengan  seorang pemain melakukan servis ke gelanggang  lawan. Pemain yang
                 menerima servis mesti mengembalikan bulu tangkis dengan satu pukulan sahaja.
                 Mata diperoleh apabila bulu tangkis jatuh di dalam gelanggang lawan atau jika
                 pihak lawan memukul bulu tangkis keluar gelanggang. Mata juga diperoleh
                 apabila pihak lawan melakukan kesalahan mengikut  peraturan permainan.
                 Bolehkah  anda jelaskan situasi-situasi  di  mana anda boleh  memperoleh  mata
                 dalam permainan badminton? Perlawanan badminton mengandungi  tiga  set
                 dan pemain atau  pasukan yang  memenangi  dua  set  adalah  pemenang.  Bagi
                 satu  set  dalam permainan badminton, perlawanan akan diteruskan sehingga
                 pemain perseorangan atau beregu memperoleh 21 mata. Permainan badminton
                 mula dipertandingkan  dalam Sukan  Olimpik pada tahun 1992.  Malaysia telah
                 memenangi sebelas pingat (8 perak dan 3 gangsa) dalam Sukan Olimpik sehingga
                 tahun 2016. Sukan badminton telah menyumbang lapan daripada sebelas pingat
                 tersebut. Namakan pemain yang memenangi pingat bagi acara sukan badminton.

                            Nadi Ilmu

                         Dato’ Lee Chong Wei merupakan jaguh badminton Malaysia.
                         Beliau telah berada di kedudukan nombor satu dunia selama
                         199 minggu berturut-turut dari 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun
                         2012.  Gunakan enjin pencarian  sesawang  untuk mendapat
                         maklumat tambahan tentang Dato’ Lee Chong Wei dan
                         lain-lain jaguh badminton Malaysia.
                64
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77