Page 197 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 197
Membaca
Oh, Begitu Caranya!
Pada cuti sekolah pertengahan tahun, Lagang dan kawan-kawannya menyertai
lawatan ke ladang jati di Keningau, Sabah. Lawatan itu disertai oleh 40 orang
murid dan dua orang guru pengiring.
Lawatan itu diadakan untuk mengetahui cara pokok jati ditanam dan melihat
produk yang berasaskan kayu jati. Oleh itu, Lagang dan kawan-kawannya dapat
menambah ilmu pengetahuan tentang kayu jati yang popular dalam kalangan
rakyat Malaysia.
1 2 3
Lubang digali untuk Seorang pekerja memasukkan Pokok jati ditanam lalu
menanam pokok jati. kompos ke dalam lubang itu. ditimbus dengan tanah.
4 5 6
Pekerja mengikat pokok
jati itu pada sebatang kayu Pokok jati yang matang Batang jati dapat dibuat
yang lurus agar batang jati ditebang dengan berhati-hati. meja, kerusi, almari dan
tidak patah. kabinet dapur.
Akhirnya, Lagang dan kawan-kawannya mengambil kesempatan melawat
ke ladang itu. Lagang berasa bertuah kerana dapat melihat ladang tersebut
dan mendapat penerangan yang jelas tentang pokok jati.
Aktiviti
Membaca teks yang mengandungi ayat tunggal dan ayat
majmuk dengan pelbagai keterangan secara mekanis.
Murid menaakul maklumat.
172
2.3.2
PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Perdagangan
Strategi P & P: KB – Mengenal pasti Pembelajaran luar bilik darjah

