Page 196 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 196

UNIT 30                        Pertanian Sumber Rezeki






                        Mendengar dan Bertutur
                                                       Fungsi RISDA
                    “Kawan-kawan, sila dengar penerangan saya ini,” kata Ruben.
                        Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil RISDA dilancarkan pada 8 Februari 1973
                    oleh YAB Tun Haji Abd. Razak bin Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
                        RISDA  ditubuhkan  untuk  membentuk  masyarakat  pekebun  kecil  getah  yang
                    progresif. RISDA juga membantu pekebun kecil melalui aktiviti perladangan secara
                    komersial.  RISDA  turut  memberi  pekebun kecil  benih pokok getah dan  baja  yang
                    bermutu tinggi dan khidmat nasihat. Selain itu, RISDA memberikan bantuan kewangan
                    kepada pekebun kecil sementara menunggu hasil tanaman diperoleh.
                        Selain itu, RISDA ditugasi untuk melaksanakan penanaman semula pokok getah.
                    Pekebun akan diberi pokok getah yang diklonkan. Melalui amalan agronomi yang
                    baik, pekebun akan memperoleh hasil yang lumayan.
                        Di  samping  itu,  RISDA  berganding  bahu  dengan  MARDEC  untuk  menjalankan
                    penyelidikan kualiti getah menerusi penubuhan Pusat Penyelidikan Getah Malaysia
                    (PPGM). Oleh itu, MARDEC telah muncul sebagai pengeluar getah yang bermutu tinggi
                    untuk keperluan eksport.
                        RISDA turut bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM).
                    Institut  ini  membantu  RISDA  membekalkan  anak-anak  getah  yang  bermutu  tinggi
                    seperti Klon 2025, Klon PB350 dan RRIM3001 atau Klon 1Malaysia. RRIM juga mencipta
                    alat  yang  dapat  melindungi  kulit  pokok  daripada  dibasahi  hujan.  Hasil  kerjasama
                    tersebut,  susu  getah  yang  bermutu  tinggi  dapat  dihasilkan.  Oleh  sebab  itu,  getah
                    keluaran  Malaysia  mendapat  permintaan  tinggi  dalam  pembuatan  produk  seperti
                    tayar, peralatan perubatan, dan penebat elektrik.
                        “Kami  faham, Ruben. Marilah kita berbincang tentang maklumat dalam grafik
                    ini,” kata kawan-kawan Ruben.
                                                                                    Maklumat !
                                          Objektif                                  RISDA ialah akronim bagi
                                                        Kejayaan hasil kerjasama    Rubber Industry Small
                                                        dengan RRIM dan MARDEC      Holders Development
                                                                                    Authority.
                                          Fungsi
                                          Fungsi
                                                                                    Agronomi:
                                                         Kegunaan getah pada        Cabang ilmu pertanian
                                                             masa hadapan
                                          Faedah                                    yang berkaitan dengan
                                          Faedah
                                                                                    pengelolaan tanah untuk
                                                                                    menghasilkan tanaman.
                           Aktiviti
                                                                                   Sumber: www.risda.gov.my
                              Berbincang secara kritis dan kreatif.


                              Murid mengemukakan pendapat.
                                                                                                          171
                     1.7.2
                            PK: Nilai Murni – Tekun                    Ilmu – Sains Pertanian
                            Strategi P & P: KB – Menjanakan idea       KP – Verbal-linguistik
   191   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201