Page 133 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 133
Jadual 6
Taburan Bilangan Pelajar Berdasarkan Selang Peratusan Markah Ujian Pembezaan Fungsi
Logaritma Dalam Peratusan
Bilangan
Selang Peratus
pelajar
70%-79% 1 9.09%
80%-89% 7 63.64%
90%-100% 3 27.27%
Jumlah 11 100%
Jadual 6 memaparkan peratusan pelajar yang memperoleh markah dalam selang yang
ditetapkan. Ini menunjukkan bahawa intervensi permainan Tarsia memberikan impak kepada
prestasi pelajar dalam topik pembezaan fungsi logaritma. Intipati kepada permainan Tarsia
adalah mewujudkan semangat kerjasama dalam kumpulan yang seterusnya membantu pelajar
menguasai sesuatu konsep atau pengekalan sesuatu fakta. Aspek inilah yang dimanipulasikan
oleh pengkaji dalam usaha membantu pelajar mengatasi masalah pembezaan fungsi logaritma.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa elemen yang perlu diperhalusi dalam penyediaan
permainan Tarsia. Antara lain, tahap kesukaran soalan perlulah bersesuaian dengan kesediaan
atau kemampuan pelajar. Seandainya perkara ini kurang diambil kira, dikhuatiri akan
menjejaskan kelancaran permainan tersebut. Pada pengamatan pengkaji, permainan Tarsia
bersifat fleksibel dan mudah untuk disediakan. Pada permulaannya, terdapat sedikit kekeliruan
semasa menjalankan permainan ini tetapi setelah diberikan penerangan, para pelajar dapat
meneruskan dengan lancar.
CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Berdasarkan dapatan kajian ini, pengkaji ingin mengemukakan beberapa cadangan
sebagai usaha penambahbaikan bagi kajian seterusnya. Antara perkara yang boleh
dipertimbangkan ialah:
1. Teknik permainan Tarsia diperluaskan kepada topik-topik lain seperti pengamiran.
2. Permainan Tarsia diaplikasikan kepada kelompok pelajar yang berprestasi tinggi
untuk tujuan pengayaan bagi melihat keberkesanannya.
3. Menggunakan soal selidik bagi mengenal pasti persepsi pelajar terhadap permainan
Tarsia.
KESIMPULAN
Pada amnya, kajian ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Pengkaji
mendapati penggunaan Formulator Tarsia telah merangsang pelajar untuk meneroka dan
menguasai topik yang dipelajari dengan cara yang menyeronokkan. Walaupun demikian,
perancangan yang teliti amat perlu terutama dalam penyediaan soalan supaya kelancaran
permainan Tarsia tidak terjejas. Pengkaji juga berpendapat bahawa penggunaan Formulator
Tarsia yang terancang adalah sesuai untuk pelbagai subjek dan topik dan seharusnya menjadi
satu daripada alternatif dalam menjadikan pengajaran lebih menarik dan ceria.
124

