Page 132 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 132
Objektif khusus yang pertama bagi kajian ini telah tercapai sepenuhnya. Analisis dalam Jadual
2 menunjukkan 100% pelajar memperoleh markah melebihi 80% dalam segmen langkah
penyelesaian awal pembezaan. Markah terendah ialah 83.30% manakala markah tertinggi ialah
100%. Berikut adalah jadual yang menunjukkan taburan bilangan pelajar berdasarkan selang
peratusan markah (segmen langkah penyelesaian awal).
Jadual 5
Taburan Bilangan Pelajar Berdasarkan Selang Peratusan Markah Dalam Segmen Langkah
Penyelesaian Awal Pembezaan
Bilangan
Selang Peratus
pelajar
80%-84% 1 9.09%
85%-89% 7 63.64%
90%-94% 2 18.18%
95%-100% 1 9.09%
Jumlah 11 100%
Jadual 5 memaparkan peratusan pelajar yang memperoleh markah dalam selang yang
ditetapkan. Menerusi data ini, pengkaji mendapati majoriti pelajar mendapat markah di antara
85% hingga 89%. Prestasi ini secara relatifnya boleh ditambah baik dengan beberapa aktiviti
pengukuhan yang bersesuaian. Secara umumnya, jika dibandingkan dengan prestasi pelajar di
dalam ujian di peringkat tinjauan awal, terdapat peningkatan yang ketara dalam penguasaan
langkah awal pembezaan fungsi logaritma. Malah seramai 3 orang pelajar mencatatkan peratus
melebihi 90% iaitu dengan kesilapan yang minima. Majoriti iaitu 63.64% pelajar kehilangan 4
atau 5 markah dan hasil daripada semakan kerja pelajar didapati kebanyakan dari kesilapan
tersebut adalah atas faktor kecuaian seperti kecuaian manipulasi algebra. Namun, masih
terdapat seorang pelajar yang kehilangan 6 markah dari langkah awal dan ini amat
membimbangkan pengkaji. Setelah ditemu bual pelajar tersebut menyatakan bahawa beliau
mengalami masalah kesihatan ketika menduduki ujian tersebut dan kurang fokus dengan
penyelesaian yang dibuat.
Objektif 2: Sekurang-kurangnya 80% pelajar memperoleh markah keseluruhan melebihi 80%
dalam Ujian Pembezaan Fungsi Logaritma setelah diperkenalkan dengan Formulator Tarsia.
Objektif khusus yang kedua bagi kajian telah tercapai sepenuhnya. Analisis dalam
Jadual 4 menunjukkan bahawa 90.91% pelajar telah mencatatkan markah melebihi 80% dalam
Ujian Pembezaan Fungsi Logaritma setelah diperkenalkan dengan permainan Tarsia. Markah
terendah ialah 72.2% manakala markah tertinggi ialah 98.6%. Jadual 6 menunjukkan taburan
bilangan pelajar berdasarkan selang peratusan markah.
123

