Page 128 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 128
Rajah 2: Kertas soalan ujian
Masa yang diberikan kepada pelajar untuk menjawab ujian ini ialah 50 minit. Bagi
memastikan kertas ujian dan skema penyelesaian menepati keperluan sukatan pelajaran dan
tahapnya bersesuaian dengan kesediaan pelajar, pengkaji telah merujuk kepada dua orang
pensyarah yang berpengalaman lebih daripada 10 tahun dalam mengajar subjek matematik
untuk membuat kesahan kandungan.
Bagi tujuan pemarkahan, pengkaji membahagikan markah kepada dua bahagian iaitu
markah langkah penyelesaian awal dan markah keseluruhan. Markah penyelesaian awal ialah
2 markah untuk dua langkah awal bagi setiap soalan. Oleh kerana ujian ini mengandungi 18
soalan maka jumlah markah untuk langkah penyelesaian awal bagi setiap pelajar ialah 36.
Manakala jumlah markah keseluruhan bagi ujian ini ialah 72 markah.
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian ini dilihat dan dianalisis dalam konteks iaitu pemerhatian terhadap
tingkahlaku pelajar semasa intervensi dilakukan, respons dari temu bual dan juga markah dari
ujian yang diadakan.
119

