Page 129 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 129

Pemerhatian semasa permainan Tarsia diperkenalkan

               Daripada  pemerhatian  yang  dibuat  semasa  permainan  Tarsia  dijalankan,  pengkaji  dapat
               melihat:
               1.      Pelajar yang sebelum ini agak pasif di dalam kelas kelihatan aktif berinteraksi dengan
               rakan-rakan dalam kumpulan serta cuba memberikan pandangan masing-masing.
               2.      Pelajar  menunjukkan minat bagi menyelesaikan soalan dan seterusnya menamatkan
               permainan  kerana semangat untuk bersaing dan menjadi pemenang. Justeru, mereka perlu
               bekerjasama dan berusaha untuk menyelesaikan soalan yang diberikan.

               Setelah tamat sesi permainan Tarsia, pengkaji memanggil secara rawak beberapa pelajar dan
               menanyakan tentang pendapat mereka terhadap permainan Tarsia. Berikut adalah beberapa
               respons yang dicatatkan selepas kelas berakhir:
               Pelajar 1: Saya nak cikgu buat lagi game ni..Saya nak menang lagi..
               Pelajar 2: Bila belajar cara macam ni…barulah mudah ingat kesilapan..
               Pelajar 3: Tak terasa masa berlalu…memang best belajar macam ni..
               Pelajar 4: Kalau buat lagi…saya nak kumpulan yang sama...boleh tak?
               Secara keseluruhannya, pengkaji melihat keterujaan pelajar dalam permainan Tarsia ini yang
               secara tidak langsung menyumbang kepada keseronokan belajar walaupun topik yang dipelajari
               agak mencabar bagi mereka.

               Analisis dapatan Ujian Pembezaan Fungsi Logaritma

                       Bagi menganalisis hasil Ujian Pembezaan Fungsi Logaritma, pengkaji telah menyemak
               sendiri kertas jawapan pelajar dan markah jalan kerja pelajar adalah berdasarkan skema yang
               telah  disediakan.  Bagi  memastikan  semakan  dibuat  benar-benar  mengikut  skema  yang
               ditetapkan, kertas jawapan pelajar turut disemak semula oleh rakan pengkaji. Analisis markah
               pelajar dikategorikan kepada dua iaitu markah langkah penyelesaian awal dan jumlah markah
               keseluruhan. Hasil daripada semakan kertas jawapan pelajar bagi markah langkah penyelesaian
               awal dipaparkan dalam Jadual 1.

               Jadual 1
               Markah Untuk Langkah Penyelesaian Awal Pembezaan Fungsi Logaritma

                    Soalan   S  S   S   S   S    S   S   S   S   S   S    S   S    S   S    S   S    S    Jumlah
                             1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18
                    Pelajar
                      A      2   2   2   2   2   2   2   0   2   0    2   2    2   0    2   2    2   2      30
                       B     2   2   2   2   2   2   2   2   2   0    2   0    2   2    2   2    2   2      32
                       C     2   2   2   2   2   0   2   0   2   2    1   2    2   2    2   2    2   2      31
                      D      2   2   2   2   2   2   2   0   2   2    2   2    2   2    2   2    2   2      34
                       E     2   2   2   2   2   2   2   2   2   0    2   2    2   2    2   2    2   2      34
                       F     2   2   2   2   2   2   2   2   2   2    2   2    2   2    2   2    2   2      36
                      G      2   2   2   2   2   2   2   2   2   0    2   0    2   2    2   2    2   2      32
                      H      2   2   0   2   2   0   2   2   2   1    2   2    2   2    2   2    2   2      31
                       I     2   2   2   2   2   2   2   2   2   0    2   0    2   2    2   2    2   2      32
                       J     2   2   2   2   2   0   2   0   2   2    2   2    2   2    2   2    2   2      32
                      K      2   2   2   2   2   0   2   0   2   1    2   2    2   2    2   2    2   2      31

                       Data yang ditunjukkan dalam Jadual 1 adalah markah yang diperoleh oleh setiap pelajar
               bagi  bahagian  penyelesaian  langkah  awal.  Setiap  soalan  diperuntukkan  2  markah  untuk
               penyelesaian langkah awal. Oleh itu, jumlah markah keseluruhan bagi penyelesaian langkah



                                                           120
   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134