Page 25 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 25
Hubungan Sikap Terhadap Ekonomi Dan Kefahaman Konsep Ekonomi
Dengan Kendiri Pelajar Ekonomi
2
1
Syahrul Nizam Salam , Prof. Madya Dr Abdul Said Ambotang
1,2 Universiti Malaysia Sabah
Ghazali Sulaiman, PhD 3
3 IPG Kampus Tawau, Sabah
3
1 insantakwa@yahoo.com, solat5@yahoo.com, lahzd@yahoo.com.my,
2
Abstrak
Konsep kendiri merujuk terhadap identiti, kesedaran diri dan imaginasi diri yang membentuk
dalam diri individu untuk mencapai sesuatu matlamat dalam diri melalui pembentukan diri
yang positif khususnya keupayaan pembangunan kendiri pelajar secara produktif. Justeru,
kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara sikap terhadap ekonomi dan
kefahaman konsep ekonomi dengan kendiri pelajar ekonomi dalam kalangan pelajar STPM di
Sabah. Oleh itu, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kendiri
pelajar ekonomi berdasarkan jantina pelajar dan pendapatan ibu bapa/penjaga. Sementara
hubungan antara pemboleh ubah pula, menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan
antara sikap terhadap ekonomi dan kefahaman konsep ekonomi dengan kendiri pelajar
ekonomi STPM. Sehubungan itu, implikasi kajian ini adalah untuk meningkatkan keupayaan
pembangunan kendiri pelajar ke arah yang lebih positif dan produktif dari segi sikap dan
kefahaman dalam bidang ekonomi untuk dapat diaplikasikan dalam pengajian dan seterusnya
ke alam pekerjaan.
Kata kunci: Sikap Terhadap Ekonomi, Kefahaman Konsep Ekonomi, Kendiri Pelajar Ekonomi
PENGENALAN
Keupayaan mengembangkan individu berpengetahuan dapat dilihat daripada sistem
pendidikan iaitu dari segi pembangunan kendiri. Dalam perkembangan kurikulum pendidikan
negara daripada Laporan Razak tahun 1956 dan kewujudan Laporan Rahman Talib tahun 1960
dalam kajian Alhabhi dan Hakim (2010) yang mana kedua-dua laporan tersebut menekankan
kualiti pendidikan dan Laporan Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1979 dalam kajian Nordin
(2013) yang membincangkan penggubalan Akta Pendidikan 1996 sehinggalah perancangan
kerajaan yang terakhir iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dari tahun 2013
hingga 2025 telah menekankan masalah kendiri dalam diri pelajar dan langkah terbaik untuk
meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah.
Pendidikan Ekonomi
Jomo (2003) menjelaskan istilah dalam mata pelajaran ekonomi mempunyai makna
berbeza dengan penggunaan istilah penggunaan harian yang digunakan. Salah satunya adalah
penggunaan istilah disiplin ekonomi yang melibatkan mata pelajaran ekonomi membawa
maksud perbelanjaan sesebuah syarikat untuk pembelian barang modal bagi menghasilkan
barangan atau perkhidmatan akhir. Oleh itu, dapat ditekankan di sini bahawa bidang ekonomi
berkait rapat dengan kemampuan seseorang dari segi mengurus perbelanjaan yang berkaitan
dengannya.
Bidang ekonomi yang berkaitan dengan keupayaan individu ini, sudah tentu dapat
melahirkan seseorang individu yang memiliki kendiri. Sehubungan itu, sistem kurikulum
pendidikan negara telah mencatat beberapa kemajuan dari segi pembentukan kendiri pelajar
yang dizahirkan melalui pencapaian antaranya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil
16

