Page 27 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 27

positif,  sudah  tentu  pembentukan  sikap  dan  pemahaman  dalam  ekonomi  tersebut  kurang
               memberangsangkan seperti  yang turut  ditekankan oleh van Rooij, Jansen dan van de Grift
               (2017)  yang  menyatakan  bahawa  konsep  kendiri  yang  negatif  menyebabkan  timbul
               permasalahan dalam kendiri pelajar terutamanya dalam pencapaian atau prestasi.
                       Justeru, dengan menyelidik hubungan sikap terhadap ekonomi dan kefahaman konsep
               ekonomi dengan kendiri pelajar ekonomi STPM di Sabah, penyelidik menjangkakan kajian ini
               dapat mengisi jurang bidang kajian memandangkan banyak kajian berkaitan kendiri pelajar
               telah dijalankan. Di samping itu, kajian ini juga dilaksanakan untuk melihat sejauh mana pelajar
               STPM  yang  mengambil  subjek  ekonomi  dapat  menerima  kendiri  ini  dalam  aktiviti
               pembelajaran  mereka  terutamanya  dalam  pemahaman  berkaitan  ekonomi  selain  untuk
               memastikan  kendiri  pelajar  tersebut  khususnya  dari  segi  sikap  iaitu  minat  yang  mendalam
               berkaitan subjek ekonomi ini sama ada di sekolah atau kolej tingkatan 6 yang menawarkan
               subjek  ekonomi  dapat  dizahirkan  agar  aspek  kendiri  ini  bukan  sahaja  merupakan
               kesinambungan apabila pelajar  tersebut melanjutkan pengajian di institusi berkaitan seperti
               Institut  Pendidikan  Tinggi  (IPT)  malah  aspek  kendiri  ini  boleh  juga  diaplikasikan  di  alam
               pekerjaan nanti.

                                                  OBJEKTIF KAJIAN

               Objektif kajian adalah untuk:

                     Mengenal pasti perbezaan kendiri pelajar ekonomi STPM berdasarkan demografi
                     Mengenal  pasti  hubungan  antara  sikap  terhadap  ekonomi  dengan  kendiri  pelajar
                       ekonomi STPM
                     Mengenal pasti hubungan antara kefahaman konsep ekonomi dengan kendiri pelajar
                       ekonomi STPM

                                                 HIPOTESIS KAJIAN

               Hipotesis-hipotesis dalam kajian ini adalah seperti berikut:

               Ho1  Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kendiri pelajar ekonomi STPM berdasarkan
                     jantina

               Ho2  Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kendiri pelajar ekonomi STPM berdasarkan
                     pendapatan ibu bapa/penjaga

               Ho3  Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap terhadap ekonomi dengan kendiri
                     pelajar ekonomi STPM

               Ho4  Tidak  terdapat  hubungan  yang  signifikan  antara  kefahaman  konsep  ekonomi  dengan
                     kendiri pelajar ekonomi STPM
                                               TINJAUAN LITERATUR

                       Dalam kajian Khoo dan Kassim (2005) berkaitan kendiri mendapati bahawa seseorang
               pelajar  yang mempunyai kendiri negatif  akan menunjukkan kemerosotan khususnya  dalam
               pencapaian mata pelajaran serta dari segi kognitif, efektif dan sikap. Ini kerana pelajar yang
               tidak efektif mempunyai konsep kendiri yang lemah dan menyumbang terhadap prestasi yang
               tidak memuaskan. Kesan kendiri ini turut disokong oleh Wan dan Nor (2012) yang menyatakan
               bahawa  prestasi  sesuatu  mata  pelajaran  adalah  menurun  disebabkan  sifat  kendiri  pelajar
               tersebut.


                                                            18
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32