Page 26 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 26

Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang berada pada tahap cukup membanggakan. Namun,
               dari segi pencapaian khususnya dalam mata pelajaran ekonomi seperti pada peringkat STPM
               pula amat merisaukan kerana prestasi pencapaian akademik dalam mata pelajaran ekonomi ini
               masih berada di bawah prestasi rendah yang menggambarkan masalah kendiri dalam kalangan
               pelajar untuk memahami pengetahuan ekonomi tersebut. Ini turut dijelaskan melalui kajian oleh
               Mark, Cresswell, dan Ainley (2006) yang menunjukkan bahawa pengetahuan ekonomi boleh
               membantu  seseorang  membuat  keputusan  dan  mengambil  tindakan  sewajarnya  dalam
               kehidupan yang melibatkan kendiri pelajar. Oleh itu, bagi meningkatkan pencapaian pelajar,
               perkara yang perlu dititikberatkan pada peringkat persekolahan khususnya dalam prestasi mata
               pelajaran ekonomi peringkat STPM adalah berkaitan dengan pembentukan kendiri yang baik
               di sekolah melalui ilmu ekonomi. Melalui pembentukan kendiri yang baik dalam mempelajari
               ekonomi,  seseorang  pelajar  dapat  mengaplikasikan  kelakuan  manusia  dalam  dunia
               pembelajaran  yang  berhubung  kait  dengan  menyelesaikan  masalah  ekonomi  seperti  yang
               diutarakan oleh Tangney, Boone dan Baumeister (2018)  yang menyatakan bahawa mereka
               yang  menunjukkan  konsep  kendiri  yang  rendah,  akan  menyebabkan  seseorang  berhadapan
               dengan permasalahan secara tidak langsung. Justeru, pelajar yang tidak mempunyai pemikiran
               kritis, dari segi pembentukan kendiri yang baik dan dari segi pengetahuan tentu tidak dapat
               menjawab soalan ekonomi dengan baik.
                       Lantaran itu, kendiri pelajar memainkan peranan yang amat penting terhadap seseorang
               individu sama ada dari segi sikap atau kefahaman dalam ekonomi seperti yang diutarakan oleh
               Quek (2005) iaitu sikap seperti kurang minat dan kurang memahami terhadap sesuatu mata
               pelajaran akan mempengaruhi kendiri pelajar. Oleh itu, keperluan dalam pembentukan kendiri
               terutamanya  dari  segi  sikap  dan  kefahaman  mampu  melahirkan  individu  yang  mempunyai
               kendiri positif seperti yang ditegaskan oleh Grygiel, Modzelewski, dan Pisarek (2017) bahawa
               konsep kendiri yang positif mempengaruhi kejayaan seseorang individu.

                                              PERNYATAAN MASALAH

               Sikap yang berkaitan dengan kendiri merupakan isu yang boleh dianggap sebagai serius dalam
               mempengaruhi  kejayaan  atau  pencapaian  seseorang  pelajar.  Pelbagai  usaha  telah  dibuat
               khususnya pihak sekolah dalam membentuk konsep kendiri positif terhadap diri pelajar dan
               juga menimbulkan keseronokan dan pemahaman pelajar dalam mata pelajaran terutamanya
               ekonomi. Ini kerana menurut Rodriguez (2009) dan Yilmaz (2014) menyatakan bahawa konsep
               kendiri positif adalah faktor yang merangsang seseorang pelajar menggandakan usaha untuk
               berjaya. Oleh itu, permasalahan sikap dalam kalangan pelajar serta disiplin ekonomi menjadi
               isu  yang  perlu  dipandang  serius  oleh  semua  pihak  disebabkan  masalah  tersebut  dapat
               mempengaruhi  kefahaman  berkaitan  ekonomi  yang  sudah  tentu  memberi  kesan  terhadap
               kendiri serta pembelajaran pelajar itu sendiri seperti yang turut diperkatakan oleh  Ismail et al.,
               (2018) yang menunjukkan bahawa pelajar ekonomi STPM yang menghadapi prestasi kurang
               memuaskan dalam perkembangan akademik berpunca daripada masalah konsep kendiri yang
               dimiliki oleh seseorang pelajar itu.
                       Sehubungan  itu,  faktor-faktor  yang  dikenal  pasti  seperti  sikap  yang  kurang  minat
               membaca buku ekonomi akan memberi kesan terhadap pemahaman dan ini tentunya membawa
               kepada aspek sahsiah atau sikap yang tidak berkualiti dan sekali gus tidak akan merangsang
               pembentukan kendiri positif. Ini turut ditegaskan oleh Bakar et al., (2012) yang menyatakan
               bahawa sekiranya pelajar lebih cenderung ke arah sikap sambil lewa, menunjukkan masalah
               konsep kendiri dalam diri pelajar itu sendiri. Oleh itu, masalah utama yang ingin diketengahkan
               oleh penyelidik adalah kendiri pelajar yang mengambil mata pelajaran ekonomi pada peringkat
               STPM.  Kendiri  ini  memainkan  peranan  yang  amat  penting  terhadap  seseorang  individu.
               Sekiranya seseorang pelajar itu tidak atau kurang mempunyai sifat kendiri yang berbentuk


                                                            17
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31