Page 29 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 29

Teori Konsep Kendiri

                       Secara umum, kendiri merupakan gambaran atau pandangan tentang diri sendiri yang
               mana gambaran ini disebut konsep kendiri yang merangkumi gambaran kebolehan, kelemahan,
               tingkah laku seseorang, tentang rupa paras dan kesihatan fizikal. Pandangan tentang diri sendiri
               juga  iaitu  secara  positif  atau  negatif  berkaitan  dengan  perasaan  seseorang  terhadap
               kebolehannya.  Berdasarkan  Rajah  1,  menurut  Rogers  (1951)  pembentukan  konsep  kendiri
               memerlukan penilaian daripada orang lain yang meliputi aspek jasmani dan psikologi yang
               berkaitan dengan pembelajaran sejak kanak-kanak lagi tidak kira di bandar atau luar bandar.
               Dalam kajian Marks, Cresswell dan Ainley (2006) menunjukkan persekitaran pelajar bandar
               dan luar bandar mempengaruhi pembentukkan kendiri pelajar. Pelajar luar bandar mempunyai
               kadar  pencapaian  rendah  berbanding  pelajar  bandar  kerana  perbezaan  dari  segi  tingkat
               sosioekonomi dan latar belakang keluarga tersebut.
                       Lantaran  itu,  pencapaian  akademik  pelajar  ekonomi  STPM,  menekankan  aspek
               intelektual sebagai salah satu hasil daripada proses pembelajaran dan kebolehan dalaman ke
               tahap  yang  lebih  tinggi  (KPM,  2013).  Usaha  mengatasi  masalah  pencapaian  rendah  yang
               berkaitan dengan kendiri dalam kalangan pelajar ekonomi STPM dapat dilihat melalui usaha
               Kementerian  Pendidikan  Malaysia  membina  beberapa  program  pembangunan  kapasiti
               intelektual  pelajar  melalui  kurikulum  sekolah  yang  menyediakan  kemudahan  dan
               menggalakkan pelajar untuk bertanya soalan dan mencari jawapan terhadap sebarang persoalan
               berkaitan dengan isi mata pelajaran.
                       Kemampuan kendiri yang dibincangkan adalah kemampuan seseorang individu untuk
               menilai  dan  membangunkan  pengetahuan,  mengamalkan  dan  mengaplikasikan  kemampuan
               ilmu tadi ke dalam permasalahan yang timbul dalam akademik dengan berfikir secara rasional
               dan  dapat  menyelesaikan  masalah  secara  efektif  (Saifuddin,  2002).    Justeru,  pelajar  dapat
               berfikir  secara  positif  dalam  lokus  konsep  kendiri  positif  dengan  cara  yang  terbaik  bagi
               mendapatkan jawapan yang relevan dalam menjawab soalan ekonomi dan dapat meningkatkan
               pencapaian prestasi pembelajaran.
                       Selain  itu,  pengisian  program  yang  terkandung  dalam  kurikulum  adalah  berkaitan
               dengan konsep kendiri yang menggalakkan pelajar untuk membina perhubungan, penyertaan
               dalam aktiviti sekolah yang dijalankan, mampu  memanipulasi sebarang kemungkinan  yang
               berlaku pada masa hadapan, menjana idea yang bernas, berfikir secara relevan dan konsisten,
               bertindak dan mencapai objektif hasil daripada pembelajaran dalam mata pelajaran yang diajar
               serta berkait dengan konsep kendiri pelajar itu sendiri. Bagi mengurangkan pencapaian rendah
               dalam kalangan pelajar, khususnya pelajar ekonomi STPM, Kementerian Pendidikan Malaysia
               telah  menekankan  Higher-Order  Thinking  Skills  (HOTS)  dalam  kurikulum  pendidikan
               terhadap mata pelajaran ekonomi (KPM, 2013).
                       Di samping itu, kemahiran dalam membina konsep kendiri positif diterjemahkan dalam
               Pelan  Pembangunan  Pendidikan  Malaysia  dari  tahun  2013-2025,  yang  mana  memerlukan
               pelajar mempunyai penguasaan dalam mengadaptasi ujian hipotesis, mendapatkan maklumat,
               membuat kesimpulan serta membuat pernyataan kemahiran proses pembelajaran dalam kelas
               sekali gus membantu membentuk konsep kendiri dalam diri pelajar. Ini turut ditegaskan oleh
               Yusuf, Abu dan Md Yunus (2014) yang menyatakan bahawa pelajar yang tidak suka berfikir
               serta tidak minat mata pelajaran tertentu dalam menimba ilmu pengetahuan dan membentuk
               sikap negatif serta malas dalam mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari akan membentuk
               kendiri negatif dalam diri pelajar dan sekali gus membawa kepada kemerosotan dalam setiap
               aspek prestasi pembelajaran. Justeru, perkara ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak
               iaitu  guru,  sekolah,  ibu  bapa  serta  kerajaan  terutamanya  KPM  agar  konsep  kendiri  dapat
               dibentuk secara positif dan produktif.




                                                            20
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34