Page 36 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 36
ditolak. Hal ini selari dengan kajian oleh Yusoff dan Masri (2006) yang menyatakan bahawa
tanggapan sikap pelajar yang merasakan mata pelajaran ekonomi adalah susah melalui
kesukaran yang dihadapi dalam mata pelajaran ekonomi perlu diperjelaskan agar sikap yang
negatif perlu dikikis dalam diri seseorang kerana melalui sikap yang positif maka kendiri yang
produktif dapat ditonjolkan. Ini menunjukkan bahawa semakin meningkat sikap terhadap
ekonomi maka semakin meningkat kendiri pelajar tersebut. Begitu juga hal sebaliknya selari
dengan teori konsep kendiri oleh Rogers tahun 1951 bahawa kendiri positif atau negatif
membantu atau mengurangkan keupayaan seseorang dalam peningkatan pencapaian
akademiknya. Justeru, penekanan kendiri ini perlu dititikberatkan agar setiap pelajar tingkatan
enam yang mengambil mata pelajaran ekonomi ini dapat ditonjolkan kendiri yang positif dan
produktif. Hal ini juga telah menjawab objektif (ii) iaitu mengenal pasti hubungan antara sikap
terhadap ekonomi dengan kendiri pelajar ekonomi STPM.
Jadual 9
Korelasi antara Kefahaman Konsep Ekonomi dengan Kendiri Pelajar Ekonomi
Pemboleh Ubah Kendiri Pelajar Ekonomi
Korelasi Pearson (r) .515
Kefahaman
Konsep Signifikan (2-hujung) .000
Ekonomi
N 203
Berdasarkan Jadual 9, menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara
kefahaman konsep ekonomi dengan kendiri pelajar ekonomi STPM (r=0.515, p=0.000).
Namun, hubungan tersebut adalah sederhana. Maka Ho4 yang mengatakan tidak terdapat
hubungan yang signifikan antara kefahaman konsep ekonomi dengan kendiri pelajar ekonomi
STPM adalah ditolak. Hal ini selari dengan dapatan kajian oleh Rogaten, Moneta dan Spada
(2013) yang menunjukkan bahawa pelajar yang memahami dan mengingati setiap pelajaran
daripada seorang guru dapat membentuk pendekatan pembelajaran yang lebih efektif sekali gus
membina sahsiah kendiri. Ini jelas menunjukkan bahawa semakin meningkat kefahaman
konsep ekonomi pelajar maka semakin meningkat kendiri pelajar tersebut. Begitu juga hal
sebaliknya selari dengan teori konsep kendiri oleh Rogers tahun 1951 bahawa kendiri positif
atau negatif membantu atau mengurangkan keupayaan seseorang dalam prestasi
pencapaiannya. Hal ini juga telah menjawab objektif (iii) iaitu mengenal pasti hubungan antara
kefahaman konsep ekonomi dengan kendiri pelajar ekonomi STPM.
KESIMPULAN
Kendiri yang positif dan produktif dalam kalangan pelajar tingkatan enam khususnya
yang mengambil mata pelajaran ekonomi peringkat STPM amat dititikberatkan pada masa kini.
Kesimpulannya, kendiri yang positif dan produktif ini dalam kalangan pelajar ekonomi STPM
perlu sentiasa dititikberatkan. Dapatan kajian ini juga membawa maksud bahawa kendiri
pelajar tingkatan 6 yang mengambil mata pelajaran ekonomi STPM di Sabah memerlukan
penambahbaikan yang berterusan serta sokongan dan dokongan daripada semua pihak. Ini
bermakna kendiri pelajar ekonomi STPM masih memerlukan perhatian yang khusus daripada
pihak yang berkepentingan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), sekolah, guru, ibu bapa dan para
27

