Page 33 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 33

Jadual 2
               Analisis Kenormalan

                                 Pemboleh Ubah                                                            Statistik


               Sikap Terhadap Ekonomi              Skewness                      .225

                                                                          Kurtosis         -.456

                Kefahaman Konsep Ekonomi           Skewness                     -.175


                                                                         Kurtosis         -.360

               Kendiri Pelajar Ekonomi                 Skewness                 -.122

                                                                        Kurtosis         -.352



               Jadual 3
               Ujian-t Kendiri Pelajar Ekonomi Berdasarkan Jantina

               Pemboleh Ubah            N            Min        Sisihan       F          Nilai        df            Sig.
                                                                                     Piawai                        t                     (2 hujung)
                Jantina Lelaki              53            3.83          0.45         0.001        -0.52      201           0.98


                            Perempuan     150           3.84          0.44

                       Berdasarkan  Jadual  3,  didapati  bilangan  sampel  kajian  adalah  seramai  203  orang
               berdasarkan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970). Bilangan pelajar lelaki adalah sebanyak
               53 orang dan bilangan pelajar perempuan adalah sebanyak 150 orang. Min dan sisihan piawai
               pelajar lelaki adalah 3.83 dan 0.45 manakala min dan sisihan piawai pelajar perempuan adalah
               3.84 dan 0.44. Dapatan kajian ini menunjukkan wujudnya perbezaan min antara jantina dan
               min  kendiri  pelajar  ekonomi  bagi  pelajar  lelaki  adalah  rendah  berbanding  min  pelajar
               perempuan. Keputusan kendiri pelajar ekonomi STPM menunjukkan bahawa nilai F=0.001
               manakala nilai-t=-0.52 dan darjah kebebasan (df) adalah 201. Ujian-t menunjukkan bahawa
               nilai  signifikan  p=0.98  (p>.05).  Justeru,  tidak  terdapat  perbezaan  yang  signifikan  kendiri
               pelajar  ekonomi  STPM  berdasarkan  jantina.  Maka  Ho1  yang  mengatakan  tidak  terdapat
               perbezaan yang signifikan kendiri pelajar ekonomi STPM berdasarkan jantina adalah gagal
               ditolak.  Ini  menunjukkan  kendiri  pelajar  ekonomi  STPM  tidak  kira  lelaki  atau  perempuan
               diperlukan dalam semua aspek seperti yang diutarakan oleh Ferla, Valcke dan Cai (2009) yang
               menyatakan bahawa terdapat pengaruh yang melibatkan jantina seseorang dengan kendiri tidak
               kira lelaki atau perempuan. Perkara ini bersesuaian dengan teori konsep kendiri oleh Rogers
               pada  tahun  1951  yang  menyatakan  kendiri  positif  dan  kendiri  negatif  yang  terhasil  boleh
               membantu  keupayaan  atau  mengurangkan  keupayaan  seseorang  dalam  meningkatkan
               pencapaian akademiknya sama ada dari segi sikap atau kefahaman terhadap ekonomi. Hal ini
               juga telah menjawab objektif (i) iaitu mengenal pasti perbezaan kendiri pelajar ekonomi STPM
               berdasarkan demografi.








                                                            24
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38