Page 31 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 31

METODOLOGI

               Reka Bentuk Kajian


                       Chua  (2006)  menyatakan  bahawa  dalam  reka  bentuk  deskriptif  yang  menggunakan
               kaedah tinjauan, konsep-konsep dinyatakan dalam borang soal selidik. Di samping itu, kaedah
               tinjauan ini juga biasanya digunakan untuk mengumpul maklumat responden daripada sampel
               atau populasi, serta responden ditanya berdasarkan soal selidik yang telah ditetapkan. Oleh itu
               dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan kaedah tinjauan.

               Pensampelan Kajian

                       Populasi dalam kajian ini adalah seramai 450 orang yang terdiri daripada para pelajar
               tingkatan  enam  yang  mengambil  mata  pelajaran  ekonomi  STPM  di  Sabah.  Justeru,
               pensampelan dilakukan pada populasi kajian hanya melibatkan pelajar tingkatan enam sahaja
               dengan menggunakan sampel rawak berperingkat. Sampel terdiri daripada pelajar tingkatan 6
               iaitu  seramai  203  orang  berdasarkan  saiz  sampel  Krejcie  dan  Morgan  (1970)  dengan  aras
               keyakinan 95 %.

               Instrumen Kajian

                       Instrumen  kajian  diadaptasi  daripada  Chee  (2007),  Lusardi  (2007)  dan  Jamaludin
               (2012). Soal selidik dibahagikan kepada empat Bahagian: Bahagian A (Demografi - i. Jantina:
               Lelaki  dan  Perempuan,  ii.  Pendapatan  Ibu  Bapa/Penjaga),  Bahagian  B  (Sikap  Terhadap
               Ekonomi),  Bahagian  C  (Kefahaman  Konsep  Ekonomi)  dan  Bahagian  D  (Kendiri  Pelajar
               Ekonomi). Bagi bahagian B, C dan D, kajian ini menggunakan skala Likert 5 mata (Jadual 1).


               Jadual 1
               Jadual Penerangan Skala Likert

               Skala Keterangan

               [1]     =      Sangat Tidak Faham (STF)

               [2]     =      Tidak Faham (TF)

               [3]     =      Kurang Faham (KF)


               [4]     =      Faham (F)

               [5]     =      Sangat Faham (SF)



















                                                            22
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36