Page 34 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 34
Jadual 4
Analisis Deskriptif Pendapatan Ibu bapa/Penjaga
Pemboleh Ubah Bil. Min Sisihan Piawai
Pendapatan Ibu Bapa RM 0-999 89 3.829 .388
RM 1000-1999 52 3.875 .458
RM 2000-2999 31 3.791 .453
RM 3000-3999 11 3.660 .534
RM 4000-4999 6 3.684 .658
RM 5000 > 14 4.120 .483
Jadual 4 menunjukkan nilai deskriptif yang memberi gambaran awal perbezaan min
bagi pendapatan ibu bapa/penjaga. Min tertinggi adalah pendapatan ibu bapa/penjaga RM
5000> (4.120), dan min terendah adalah pendapatan ibu bapa/penjaga RM 3000-3999 (3.660).
Jadual 5
Test of Homogeneity of Variances
Ujian Levene df1 df2 Sig.
1.554 5 197 .175
Dapatan daripada ujian Levene dalam Jadual 5 menunjukkan pendapatan ibu
bapa/penjaga mempunyai keseragaman varians (p>.05) yang membolehkan diuji dengan
ANOVA sehala. Oleh itu, syarat keseragaman varians telah dipenuhi.
Jadual 6
Ujian ANOVA Sehala Kendiri Pelajar Ekonomi Berdasarkan Pendapatan Ibu Bapa/Penjaga
Punca Variasi Jum.Kuasa Dua(ss) df Min Kuasa Dua(ms) F Sig.
Antara Kumpulan 1 .750 5 .350 1.802 .114
Dalam Kumpulan 38.275 197 .194
Jumlah 40.025 202
Berdasarkan Jadual 6, menunjukkan pengujian hipotesis dibuat berdasarkan ujian dua
hujung pada tahap signifikan ujian p=0.05 untuk skor min nilai ANOVA satu hala dan darjah
kebebasan (df) adalah (N-1) iaitu (203-1=202). Nilai jumlah kuasa dua (ss) adalah 1.750 antara
kumpulan manakala dalam kumpulan adalah 38.275. Darjah kebebasan (df) antara kumpulan
adalah 5 sementara dalam kumpulan ialah 197 dan jumlah keseluruhan darjah kebebasan (tdf)
adalah 202. Jumlah kuasa dua kendiri pelajar ekonomi berdasarkan pendapatan ibu
bapa/penjaga adalah tss=40.025. Nilai varians (ms) antara kumpulan adalah .350 manakala
dalam kumpulan adalah .194. Nilai F pula adalah 1.802. Nilai signifikan adalah p=.114 (p>.05).
25

