Page 32 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 32

Analisis Deskriptif dan Inferensi

                       Kajian  ini  menggunakan  analisis  deskriptif  iaitu  kekerapan,  peratusan,  ukuran
               kecenderungan tengah (min), dan ukuran kebolehubahan (sisihan piawai). Manakala analisis
               inferensi adalah ujian t, ANOVA sehala dan korelasi Pearson.

               Kesahan dan Kebolehpercayaan

                       Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan pakar yang terdiri daripada kalangan
               pensyarah  di  institut  pendidikan  tinggi  untuk  mendapatkan  kesahan  instrumen  melibatkan
               kesahan muka dan kandungan yang telah diubahsuai daripada instrumen penyelidik lepas di
               samping menggunakan analisis faktor (EFA) dengan kesemua item dalam konstruk melebihi
               0.5 iaitu item-item bagi konstruk sikap terhadap ekonomi adalah masing-masing berada pada
               nilai 0.6 dan ke atas, item bagi konstruk kefahaman konsep ekonomi dan item bagi konstruk
               kendiri pelajar ekonomi masing-masing berada pada nilai 0.5 dan ke atas. Penyelidik juga telah
               mendapatkan nilai alpha cronbach untuk mendapatkan kebolehpercayaan instrumen seperti
               yang ditekankan oleh Wiersma (2000), bahawa kebolehpercayaan instrumen ialah suatu nilai
               ukuran untuk menentukan ketekalan skor setiap item. Nilai purata alpha cronbach keseluruhan
               pemboleh  ubah  adalah  0.85  dan  mempunyai  kebolehpercayaan  yang  tinggi  dengan  setiap
               konstruk iaitu sikap terhadap ekonomi (0.84), konstruk kefahaman konsep ekonomi (0.86) dan
               konstruk kendiri pelajar ekonomi (0.85).


                                                  DAPATAN KAJIAN

                       Keputusan dapatan kajian telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi
               24.0 berdasarkan soal selidik. Hasil dapatan kajian merujuk terhadap objektif kajian yang telah
               ditetapkan  iaitu  untuk  mengenal  pasti  perbezaan  kendiri  pelajar  ekonomi  berdasarkan
               demografi  serta  mengenal  pasti  hubungan  antara  sikap  terhadap  ekonomi  dengan  kendiri
               pelajar  ekonomi  dan  mengenal  pasti  hubungan  antara  kefahaman  konsep  ekonomi  dengan
               kendiri pelajar ekonomi STPM di Sabah. Oleh itu, Jadual 3, 4, 5 dan 6 menunjukkan dapatan
               kajian dari segi perbezaan demografi sementara Jadual 7, 8 dan 9 menunjukkan dapatan kajian
               dari segi hubungan antara pemboleh ubah.  Sebelum itu, penyelidik telah membuat analisis
               kenormalan (Jadual 2) dan mendapati data adalah bertabur secara normal berdasarkan  nilai
               Skewness bagi setiap pemboleh ubah kajian berada antara -.175 hingga .225. Manakala nilai
               Kurtosis  bagi  setiap  pemboleh  ubah  kajian  berada  antara  -.456  hingga  -.352.  Analisis
               kenormalan ini menunjukkan data adalah bertaburan secara normal dan ujian parametrik boleh
               dijalankan.

















                                                            23
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37