Page 35 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 35

Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kendiri pelajar ekonomi
               STPM berdasarkan pendapatan ibu bapa/penjaga. Maka Ho2 yang mengatakan tidak terdapat
               perbezaan  yang  signifikan  kendiri  pelajar  ekonomi  STPM  berdasarkan  pendapatan  ibu
               bapa/penjaga  adalah  gagal  ditolak.  Ini  menunjukkan  kendiri  pelajar  ekonomi  STPM  tidak
               berkait dengan pendapatan ibu bapa/penjaga mereka. Namun, kajian Marks, Cresswell dan
               Ainley  (2006)  menunjukkan  persekitaran  pelajar  bandar  dan  luar  bandar  mempengaruhi
               pembentukkan  kendiri  pelajar.  Pelajar  luar  bandar  mempunyai  kadar  pencapaian  rendah
               berbanding pelajar bandar kerana perbezaan dari segi tingkat sosioekonomi dan latar belakang
               keluarga tersebut. Di samping itu, dapatan penyelidik ini juga tidak selari dengan dapatan Kim
               et al., (2018) yang menyatakan pelajar daripada golongan keluarga susah adalah lebih baik dari
               segi prestasi pembangunan sahsiah yang meliputi aspek kendiri dalam meningkatkan prestasi
               akademik. Hal  ini juga  telah menjawab objektif (i) iaitu  mengenal  pasti perbezaan kendiri
               pelajar ekonomi STPM berdasarkan demografi.

               Jadual 7
               Kekuatan Nilai Pekali Korelasi

                       Kekuatan Korelasi                                                  Interpretasi


               .80 hingga .99 (-.80 hingga -.99)                        Korelasi (+/-): Sangat Kuat


               .60 hingga .79 (-.60 hingga -.79)                        Korelasi (+/-): Kuat


               .40 hingga .59 (-.40 hingga -.59)                        Korelasi (+/-): Sederhana


               .20 hingga .39 (-.20 hingga -.39)                        Korelasi (+/-): Lemah


               .00 hingga .19 (-.00 hingga -.19)                        Kemungkinan Tiada Korelasi

                                                                  Sumber: Fitz-Gibbon dan Morris (1987)


               Jadual 8
               Korelasi antara Sikap Terhadap Ekonomi dengan Kendiri Pelajar Ekonomi

                  Pemboleh Ubah                                                                       Kendiri Pelajar Ekonomi


                                                             Korelasi Pearson ( r )                               .504
                Sikap
                Terhadap                              Signifikan (2-hujung)                               .000
                Ekonomi
                                                             N                                                               203



                       Berdasarkan Jadual 8, menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap
               terhadap  ekonomi  dengan  kendiri  pelajar  ekonomi  STPM  (r=0.504,  p=0.000).  Namun,
               hubungan tersebut adalah sederhana. Maka Ho3 yang mengatakan tidak terdapat hubungan
               yang signifikan antara sikap terhadap ekonomi dengan kendiri pelajar ekonomi STPM adalah


                                                            26
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40