Page 42 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 42

daripada proses pembelajaran teradun dijalankan atas talian dengan beberapa elemen kawalan
               murid  dari  segi  masa,  tempat,  jarak,  serta  ruang  dan  (2)  sekurang-kurangnya  sebahagian
               pembelajaran dijalankan dalam bangunan atau lokasi yang jauh dari rumah. Empat model telah
               dikenal pasti oleh Staker dan Horn (2012) dan diguna pakai di kebanyakkan institusi pendidikan
               yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1.



                                 Brick and Mortar                     Online Learning

                                                  BLENDED LEARNING




                        Rotation Model      Flex Model       Self-Blend Model   Enriched-Virtual Model

                                     Station-Rotation Model

                                     Lab-Rotation Model


                                     Flipped-Classroom Model


                                     Individual-Rotation Model


                                        Rajah 1: Model-Model Pembelajaran Teradun
                                                   (Staker & Horn, 2012)

                     Setiap model adalah berbeza dari segi ciri-ciri dan cara penyampaian proses pengajaran
               dan pembelajaran. Model Rotation dan empat sub-model rotation menjelaskan bahawa transisi
               antara pengajaran bersemuka dan aktiviti dalam talian akan mengikut jadual waktu yang tetap.
               Model Station Rotation memerlukan murid bergerak antara tiga stesen pembelajaran mengikut
               jadual  yang  tetap  dan  sekurang-kurangnya  salah  satu  daripada  stesen  perlu  menggunakan
               pembelajaran atas talian sepenuhnya (Staker & Horn, 2012). Tiga stesen melakukan aktiviti
               pembelajaran yang berbeza iaitu: stesen pertama menjalankan PdPc secara bersemuka, stesen
               kedua  ditetapkan  untuk  menjalankan  aktiviti  berasaskan  kerja  kumpulan  dan  stesen  ketiga
               ditetapkan  untuk  menjalankan  pembelajaran  kendiri  atas  talian.  Kajian  oleh  Staker  (2011)
               terhadap Alliance Technology and Math Science High School (ATAMS) pada tahun akademik
               2011-2012 bagi murid yang berada pada tahap gred 9 hingga gred 11 menunjukkan model ini
               berjaya mengarah murid belajar secara individu pada kadar sendiri, berpusatkan murid dan juga
               secara kolaboratif. Kim, Capotosto, Hartry dan Fitzgerald (2011), telah mengimplementasi satu
               sistem pembelajaran yang dinamakan sebagai READ 180. Murid bergerak antara tiga stesen
               yang telah ditetapkan dan hasil dapatan kajian mendapati bahawa pilihan model teradun ini
               memberi  manfaat  kepada  murid  kerana  terdapat  peningkatan  dalam  skor  penilaian  dalam
               kedua-dua kefahaman membaca dan perbendaharaan kata.
                     Model Flipped Classroom memerlukan murid menjalani pembelajaran mengikut jadual
               tetap antara pembelajaran bersemuka di bilik darjah pada waktu sekolah dan pembelajaran atas
               talian  di  luar  waktu  sekolah  (Staker  &  Horn,  2012).  Berdasarkan  model  ini,  murid  akan
               menjalani proses PdPc secara formal yang lebih bercorak aktiviti-aktiviti hands on di bilik
               darjah  dan  guru  berperanan  menentukan  pendekatan  dan  bahan-bahan  pengajaran.  Segala
               bahan pembelajaran bagi sesuatu subjek dimuatkan atas talian dan murid mengakses dari rumah


                                                            33
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47