Page 46 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 46

Jadual 1.2
               Min Skor Ujian Pos SDLR Dan Ralat Piawai Bagi Setiap Kaedah Pembelajaran

               Pemboleh ubah bersandar: Jumlah Min Skor Ujian Pos SDLR
                                                                                      95% Sela
               Keyakinan
                Kaedah Pembelajaran              Min        Ralat Piawai   Had Bawah     Had Atas
                                                      a
                Model Station Rotation         111.677         .575         110.540      112.814
                Model Lab Rotation             100.702         .496         99.721       101.684
                                                      a
                                                      a
                Model Flipped Classroom        117.131         .548         116.047      118.215
                Konvensional                    96.040         .548         94.955        97.124
                                                     a
               a.  Dinilai berdasarkan kovariat dalam model: Jumlah Min Skor Pra SDLR = 88.73
                     Jadual 1.3 menunjukkan kesan utama kaedah pembelajaran menggunakan tiga model
               kaedah teradun dan kaedah konvensional adalah signifikan dengan nilai F (3,127) = 312.1, min
               kuasa dua = 9.29, p = 0.00. Darjah kekuatan hubungan (effect size) antara kaedah pembelajaran
               dan jumlah min skor ujian pos SDLR  ditunjukkan oleh nilai eta kuasa dua separa. Nilai eta
               kuasa dua separa adalah .881. Ini bermaksud hubungan antara kaedah pembelajaran dan jumlah
               min skor ujian pos SDLR adalah tinggi. Ini bermaksud kaedah pembelajaran menjelaskan 88%
               daripada varians jumlah min skor ujian pos SDLR, setelah jumlah min skor ujian pra SDLR
               dikawal secara statistik.

               Jadual   1.3
               Kesan Utama Kaedah Pembelajaran Terhadap Min Skor Ujian Pos SDLR

               Pemboleh ubah bersandar: Jumlah Min Skor Ujian Pos SDLR
                       Sumber          Jumlah Kuasa   D.K    Min Kuasa      F       Sig     Eta       Kuasa
                                       Dua Jenis III            Dua                        Kuasa    Cerapan a
                                                                                            Dua
                                                a
                Model Diperbetulkan     8915.629       4      2228.907   240.020   .000     .883      1.000
                Pintasan                 2473.388      1      2473.388   266.347   .000     .677      1.000
                Jumlah Min Skor Ujian     20.122       1       20.122     2.167    .143     .017      .309
                Pra SDLR
                Kaedah Pembelajaran      8695.267      3      2898.422   312.117   .000     .881      1.000
                Ralat                    1179.363     127      9.286
                Jumlah                 1493459.000    132
                Jumlah Diperbetulkan    10094.992     131


                     Berdasarkan hasil dapatan analisis, Ho1 yang menyatakan tidak terdapat perbezaan min
               yang  signifikan  terhadap  kesediaan  pembelajaran  terarah  kendiri  murid  dalam  tiga  model
               kaedah  pembelajaran  teradun  dan  pembelajaran  konvensional  adalah  ditolak.  Kesediaan
               pembelajaran  terarah  kendiri  dianalisis  secara  mendalam  dengan  berfokuskan  kepada  tiga
               dimensi iaitu, (a) Dimensi Pengurusan Kendiri, (b) Dimensi Keinginan Untuk Belajar dan (c)
               Dimensi Kawalan Kendiri.

               Dimensi Pengurusan Kendiri
               Untuk Dimensi Pengurusan Kendiri, hipotesis yang diuji ialah:

               Ho1 (a):  Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi dimensi pengurusan kendiri dalam
               tiga model kaedah pembelajaran teradun dan konvensional.
               Jadual  1.4 menjelaskan perbezaan jumlah min skor ujian pos  pengurusan kendiri dan ralat
               piawai bagi setiap kumpulan yang menjalani kaedah pembelajaran yang berbeza. Keputusan
               mendapati jumlah min skor ujian pos pengurusan bagi murid yang menggunakan tiga model


                                                            37
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51