Page 43 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 43

atau  lokasi  yang  sesuai.  Model  pembelajaran  ini  membawa  beberapa  faedah  bukan  sahaja
               kepada para guru bahkan kepada murid sendiri. Menurut Graham Brent (2013) model Flipped
               Classroom  dapat  meminimakan  masa  pengajaran  guru  di  dalam  bilik  darjah  dan
               memaksimakan masa interaksi bersama dengan murid. Ini dipersetujui oleh Roehl (2013) dan
               berpendapat bahawa murid boleh memanfaatkan waktu di kelas untuk menjalankan aktiviti
               berbentuk penyelesaian masalah dan membuat refleksi serta mendapat maklum balas daripada
               guru dengan serta merta.
                     Model Lab Rotation memerlukan murid bergerak antara dua mod pembelajaran mengikut
               jadual yang tetap dan sekurang-kurangnya salah satu daripada makmal atau bilik darjah perlu
               menggunakan pembelajaran atas talian sepenuhnya (Staker & Horn, 2012). Kajian mendapati
               bahawa bermula tahun 2010, Six Rivers Charter High School menetapkan masa pengajaran
               bagi semua mata pelajaran teras kepada enam waktu. Ini bermaksud murid akan belajar dalam
               bilik  darjah  konvensional  bagi  lima  waktu  pertama  dan  pada  waktu  keenam  mereka  akan
               bergerak  ke  makmal  komputer  bagi  menjalankan  pembelajaran  atas  talian.  Daripada  hasil
               kajian kes,  didapati bahawa murid  menunjukkan minat  dan penglibatan aktif dalam proses
               pembelajaran  berada  pada  tahap  tinggi.  Perubahan  ini  berlaku  disebabkan  bantuan  dan
               sokongan yang disediakan membantu mengukuhkan pemahaman murid, memenuhi keperluan
               dan  gaya  pembelajaran  serta  membina  semangat  bermasyarakat  dan  komited  dalam
               melaksanakan tugasan yang diberikan (Horn & Staker, 2011). Model Lab Rotation menjadi
               asas  bagi  kaedah  pembelajaran  kursus  Memphis  Matematik  di  Universiti  Memphis
               (Bargagliotti,  Botelho,  Gleason,  Haddock,  &  Windsor,  2012).  Semasa  pelajar  melakukan
               tugasan atas talian, guru berperanan sebagai fasilitator membimbing dan memberi sokongan
               apabila diperlukan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa aplikasi model Lab Rotation
               berjaya meningkatkan tahap kelulusan dan mengurangkan kadar keciciran pelajar.
                     Taksonomi kedua ialah model Flex menjelaskan bahawa guru memberi tunjuk ajar secara
               fleksibel melalui pertemuan bersemuka dalam kumpulan yang kecil manakala kandungan dan
               arahan  pengajaran  dijalankan  secara  talian.  Model  ketiga  iaitu  Self-Blend  merupakan  satu
               model ala carte  yang membolehkan pelajar memilih kursus dalam talian atau kursus  yang
               ditawarkan secara bersemuka. Model keempat dikenali sebagai Enriched-Virtual dan model ini
               membenarkan pelajar membahagikan masa antara pembelajaran konvensional di bilik darjah
               dengan pembelajaran dalam talian mengikut jadual yang tidak tetap. Kajian khusus tentang
               jenis-jenis model didapati amat kurang di dalam negara malah aplikasi pembelajaran teradun
               dilihat secara lebih luas dan tidak fokus kepada satu model tertentu. Craciun dan Bunoiu (2015)
               menegaskan  bahawa  model  Station  Rotation,  Lab  Rotation  dan  Flipped  Classroom  boleh
               diaplikasi  dengan  jayanya  dalam  pendidikan  peringkat  murid  sekolah  menengah.  Oleh  itu,
               berdasarkan  saranan  Craciun  dan  Bunion  kajian  ini  mengadaptasi  ciri-ciri  model  Station
               Rotation, Lab Rotation dan Flipped Classroom disebabkan kerasionalan serta kesesuaian di
               peringkat sekolah menengah atas bagi subjek Ekonomi Asas.
                     Knowles  (1970)  menyifatkan  pembelajaran  arah  kendiri  sebagai  satu  proses  individu
               mengambil  inisiatif  dengan  atau  tanpa  bantuan  orang  lain  dalam  menentukan  keperluan
               pembelajaran mereka; merangka matlamat pembelajaran; mengenal pasti keperluan sokongan
               guru  dan  sumber;  memilih  dan  melaksanakan  strategi  pembelajaran  yang  bersesuaian  dan
               menilai  hasil  pembelajaran  mereka.  Kesediaan  mengawal  pembelajaran  kendiri  amat
               bergantung  kepada  persekitaran  pembelajaran  yang  dilalui  oleh  seseorang  individu.
               Pembelajaran teradun memerlukan perubahan sikap murid untuk lebih berdikari, berdisiplin
               dan berupaya mengawal pembelajaran sendiri. Tsai (2010) menjelaskan bahawa semasa proses
               pembelajaran  teradun,  murid  akan  berusaha  untuk  merancang,  mengurus  dan  mengarah
               aktiviti-aktiviti pembelajaran serta berkongsi tanggungjawab yang dipikulnya bersama guru.
               Pendapat yang sama diketengahkan oleh Smyth, Houghton, Cooney dan Casey (2012) yang
               melaporkan  bahawa  pendekatan  teradun  memberikan  autonomi  kepada  murid  supaya


                                                            34
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48